Melaka: Sebuah hotel terkenal di bandar raya ini dikesan mengeksloitasi tenaga kerja pendatang asing tanpa izin (Pati) sejak lima bulan lalu bagi menjimatkan kos dan mengaut keuntungan. Kebanyakan Pati berkenaan digunakan untuk kerja-kerja 'housekeeping', pembersihan dan pelayan restoran di hotel itu.
Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, tindakan itu terbongkar hasil beberapa serbuan 'Op Sapu' dilakukan pihaknya di sekitar Bandaraya Melaka bermula jam 9 pagi hingga 11 malam semalam. Menurutnya, pemeriksaan menyeluruh dibuat ke atas hotel terbabit susulan aduan diterima daripada orang awam dan seramai 41 pekerja asing diperiksa. "Hasil pemeriksaan lanjut 13 daripada mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas atau permit kerja yang dikeluarkan.
"Semasa serbuan dijalankan ada Pati cuba menyembunyikan diri dan menyamar sebagai pekerja tempatan, namun berjaya ditangkap," katanya dalam kenyataan malam ini. Beliau berkata, keseluruhannya 20 warga asing ditahan dalam beberapa serbuan dijalankan tiga pegawai bersama 20 anggota bermula sekitar jam 9 pagi hingga 11 malam. Antara lokasi tumpuan lain adalah medan selera, pusat mencuci kenderaan mewah dan penempatan pekerja asing. "Keseluruhannya kita periksa 70 warga asing dalam operasi ini dan 20 PATI ditahan terdiri daripada 17 warga Indonesia, Bangladesh (1), Myanmar (2) berusia lingkungan 20 hingga 48 tahun. "Dalam operasi lain, ada warga asing yang bertindak agresif dalam cubaan melarikan diri ketika anggota JIM Melaka menyerbu lokasi-lokasi sasaran tanpa memikir keselamatan diri," katanya. Anirwan Fauzee berkata, antara kesalahan lain yang dikenal pasti dalam serbuan itu adalah masuk dan tinggal di Malaysia secara haram dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri serta kesalahan lain mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). "Kita turut mengeluarkan sembilan borang saman kepada saksi dan majikan yang bertanggungjawab untuk membantu siasatan dan tindakan selanjutnya," katanya. Menurut Anirwan Fauzee operasi dijalankan bagi mengesan dan membanteras kebanjiran warga asing khususnya Pati serta individu yang cuba melindungi mereka atau bersubahat dalam komplot untuk melakukan apa-apa kesalahan Imigresen. Sumber: Harian Metro |
akmal replied at 17-5-2023 11:03 PM
Eq dh katup dh sejak covid
kitaserupaaa replied at 18-5-2023 11:16 AM
Sayang betul equatorial tu tutup. Location wise dah bagus
ADVERTISEMENT