View: 1188|Reply: 16
|
Hotel Terkenal Di Melaka Eksploitasi PATI
[Copy link]
|
|
Melaka: Sebuah hotel terkenal di bandar raya ini dikesan mengeksloitasi tenaga kerja pendatang asing tanpa izin (Pati) sejak lima bulan lalu bagi menjimatkan kos dan mengaut keuntungan.
Kebanyakan Pati berkenaan digunakan untuk kerja-kerja 'housekeeping', pembersihan dan pelayan restoran di hotel itu.
Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, tindakan itu terbongkar hasil beberapa serbuan 'Op Sapu' dilakukan pihaknya di sekitar Bandaraya Melaka bermula jam 9 pagi hingga 11 malam semalam.
Sebahagian Pati yang bekerja di hotel diperiksa pegawai dan anggota JIM Melaka. FOTO Ihsan JIM Melaka.
Menurutnya, pemeriksaan menyeluruh dibuat ke atas hotel terbabit susulan aduan diterima daripada orang awam dan seramai 41 pekerja asing diperiksa.
"Hasil pemeriksaan lanjut 13 daripada mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas atau permit kerja yang dikeluarkan.
"Semasa serbuan dijalankan ada Pati cuba menyembunyikan diri dan menyamar sebagai pekerja tempatan, namun berjaya ditangkap," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, keseluruhannya 20 warga asing ditahan dalam beberapa serbuan dijalankan tiga pegawai bersama 20 anggota bermula sekitar jam 9 pagi hingga 11 malam.
Antara lokasi tumpuan lain adalah medan selera, pusat mencuci kenderaan mewah dan penempatan pekerja asing.
"Keseluruhannya kita periksa 70 warga asing dalam operasi ini dan 20 PATI ditahan terdiri daripada 17 warga Indonesia, Bangladesh (1), Myanmar (2) berusia lingkungan 20 hingga 48 tahun.
"Dalam operasi lain, ada warga asing yang bertindak agresif dalam cubaan melarikan diri ketika anggota JIM Melaka menyerbu lokasi-lokasi sasaran tanpa memikir keselamatan diri," katanya.
Anirwan Fauzee berkata, antara kesalahan lain yang dikenal pasti dalam serbuan itu adalah masuk dan tinggal di Malaysia secara haram dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri serta kesalahan lain mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
"Kita turut mengeluarkan sembilan borang saman kepada saksi dan majikan yang bertanggungjawab untuk membantu siasatan dan tindakan selanjutnya," katanya.
Menurut Anirwan Fauzee operasi dijalankan bagi mengesan dan membanteras kebanjiran warga asing khususnya Pati serta individu yang cuba melindungi mereka atau bersubahat dalam komplot untuk melakukan apa-apa kesalahan Imigresen.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalau Melaka stay DoubleTree jer.. tapi ni mcm bukan uniform dorg.. So tak tau lah hotel mana.. Tapi skang pon mana2 hotel klu housekeeping biasanya Nepal. |
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 18-5-2023 02:40 AM
Mcm baju Eq
Eq dh katup dh sejak covid |
|
|
|
|
|
|
|
mehmet replied at 18-5-2023 06:45 AM
Popular Haten ?
Aku pun rasa hatten |
|
|
|
|
|
|
|
mehmet replied at 18-5-2023 06:45 AM
Popular Haten ?
Mcm yerrr jerrr tuuuu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Majikan yg menggaji kan tu selamat x? Patut kne kompaun or denda or penjara juga. Kesian org tempatan nk kje pun xde. |
|
|
|
|
|
|
|
Ca Nun Ya alip punya company barangkali
|
|
|
|
|
|
|
|
semak ye semua service & frontline service dah berani guna PATI & foreign workers.... dah la susah nak bercakap, nak request itu ini, nak tanya, nak order pun kena banyak bersabar... english tak paham, melayu lagi lah lambat nak faham, pastu muka camsial sebab kena ulang2 cakap.... kau expect aku cakap bangla, nepal, myanmar or indon jawa pekat ke ngan kau sundal? hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Aha, covid merubah segalanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Sayang betul equatorial tu tutup. Location wise dah bagus |
|
|
|
|
|
|
|
kitaserupaaa replied at 18-5-2023 11:16 AM
Sayang betul equatorial tu tutup. Location wise dah bagus
ada couple bunuh diri kan? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tgk tgn2 nmpk putih blake, mesti indon sumatera ni, dieorg suke keje hotel dr ikat batu buat bangunan. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tahu sebab apa diorang lebih rela amik ummah non-lokal untuk buat kerja2 gini? walupun takda permit.
sebab kalau amik ummah lokal, kerja sekejap berhenti, demand gaji tinggi tapi kerja mengelat, tak bersungguh buat halai-balai, ada kwsp, berkira ot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|