CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Influencer Bagi Review Jujur, Pemilik Restoran Mengaku Letak Bahan Kotor Dan Jijik Dalam Makanan

17-5-2023 09:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3527| Komen: 51

Seorang pemilik restoran mengaku meletakkan ‘bahan khas’ yang didakwa sebagai bahan kotor di dalam makanan yang dihidangkan buat pelanggan.

Perkara tersebut didedahkan menerusi ciapan @Cikgu_Anep di Twitter, apabila tangkap layar hantaran pemilik restoran tersebut tular sejak petang tadi.


Di dalam hantaran tersebut, pemilik restoran itu berkata hanya mereka bekerja dalam bidang perhotelan sahaja yang tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘bahan khas’ itu.


“Bilalah influencer (pempengaruh) ini nak datang kedai Tom. Yang sorang dah ‘check-mate’ kena bahan khas dalam makanan. Hanya budak hotel sahaja yang tahu apa Tom maksudkan bahan khas,” tulisnya.

Difahamkan, pemilik restoran itu membuat hantaran tersebut setelah tidak berpuas hati terhadap seorang pempengaruh kerana memberikan ulasan jujur terhadap kedainya.

Rentetan itu, seorang pengguna dikenali Mira Hana mendedahkan, ‘bahan khas’ itu dimaksudkan dengan bahan-bahan jijik yang sengaja diletakkan oleh tukang masak dalam hidangan.


“Kalau ‘special ingredient’ (bahan khas) itu, budak hotel tahu makanan itu sudah kena diludah atau dikahak.

“Walaupun bukan budak hotel, banyak restoran yang buat. Kalau ada pelanggan ‘meroyan’ sikit, makanan mereka akan kena ludah, air liur berkahak, tahi hidung, kuku kaki, dan taik telinga.

“‘Special customer’ (pelanggan khas) bermaksud pelanggan banyak bunyi. Jadi dapatlah apa-apa yang jijik untuk kenakan pelanggan yang kurang ajar itu,” tulis Mira Hana.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, ramai yang terkejut dengan perkara itu dan menggesa pihak berkuasa untuk berbuat sesuatu kepada pemilik restoran terbabit.

“Kalau macam ini boleh laporkan kepada pegawai kesihatan, sebab pemilik restoran sendiri yang mengaku meletakkan ‘bahan khas’ dalam masakan,” ciap Hafiy.

“Kedai ini pernah beberapa kali marah pelanggan sebab tinggalkan ‘review’ jujur dan buruk untuk kedai dia,” komen Fatin Jaafar.

“Sebagai orang yang kerja dalam hotel, saya boleh sahkan ‘bahan khas’ itu adalah ludah. Mereka akan buat pada pelanggan yang kurang ajar. Tetapi tak semua hotel macam itu,” ciap seorang pengguna. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 18-5-2023 12:35 AM
Masa tunggu result STPM dulu, aku part time restoran. Tukang masak restoran tu cerita kat aku yang dia dah banyak kali bubuh benda khas ni. Artis pun ramai yang kena... (serious talk!)
Quote Atata 18-5-2023 12:41 AM
Abg aku pom dulu part time keja hotel. Mmg dorang lap gelas guna stokin, guna kain lap yg dah jijikkkk.. mcm2 lah. Cara dorang lepaskan sakit hati ngan senior pembuli. Duh. Semua mcm tu pun, budaya turun temurun. Cerita tahun 2007 2008 mcmtu lah. Xtau la skrg masih ke tak
Quote plywood 18-5-2023 12:51 AM
aku mula tau pasal ni bila aku tanya pelayan dengan nada sedikit tinggi bila makanan sampai, tak marah pun cuma ianya tak sengaja.... bila dah beredar pelayan tu, kawan sebelah bisik perlahan.. "jangan marah-marah dalam restoran, nanti dia ludah makanan kita"..
Quote missyL 18-5-2023 01:02 AM
X bole terime honest review
Klo bole terima dgn lapang dada n promise to improve ntah2 bertmbh pelanggan.
Skang ni tgu kkm dtg plk
Klo kene report padan muke
Quote dakewa 18-5-2023 02:21 AM
Sbb tu kalau bab2 makan ni biasanye jaga mulut sikit. Kalau ada yg tak puas hati dgn makanan pon, ckp elok2 dgn pelayan tu and say sorry walaupon kite tak buat salah pon. Hahaha sbb risauu ade special ingrediënt cmni lah
Quote Perawankota 18-5-2023 04:15 AM
Ingat lagi dulu2, sapa yg byk songeh sgt bab2 order, siaplah.. sekali tu, budak kitchen tu bengang, dia baling ke lantai steak. Pastu pijak2, letak dlm sink kotor, pastu masak balik.. pastu hantar balik ke guest yg fussy tu..

Tapi yg pelik, bila dapat yg mcmtu,dickpnya food dia perfect… Euwwwww
Quote EriaDoritis 18-5-2023 06:27 AM
Ishhh kembang tekak aih
Quote yusryimran 18-5-2023 06:42 AM
hahahaha teringat ketika meols kerja di kitchen otel satu ketika dahulu. Memang sesuai untuk yang banyak songeh ni selayaknya dapat
Quote eLiaD 18-5-2023 06:47 AM
so dont mess w the chef I bet they rub poo on ur food also kahkshkah


RiP
Quote mejaputih 18-5-2023 07:14 AM
Jap .camne dia ludah kalau review tu sambil makan sbb makanan tu dah dihidang dpn reviewer? Lain la makanan belum sampai dia dah review teruk2 jadi tukang masak or waiter ada peluang buat perkata jijik..
Quote mikasa 18-5-2023 07:25 AM
Sebb tu kalau makanan tak sedap kat restoren aku complaint pastu mintak refund atau voucher. Diorg hantar baru pun aku cakap tak nak makan dah.
Quote fazzrules 18-5-2023 07:26 AM
Benda ni memang x heran pun..den dulu masa keja dekat salah 1 kafe hipstur lot 10 dpn mata den kawan den ludah2 pita tuna yg customer kekwat order..siap ckp ngan den g "ko tgk jer pasni mmg abis dia mkn ni"..and menang abis licin dowh pita tuna tu..lama jugak den puasa mkn pita tuna tu pastu
Quote Simunggu 18-5-2023 07:29 AM
aku banyak kali cakap masak sendiri di rumah lagi bagus tapi apa kan daya, saya kerja...sampai rumah dah waktu maghrib
Quote dani-rox 18-5-2023 07:46 AM
Wpun sesetgh customer nih byk songeh tp tergamak ko letak benda kotor dlm makanan? Saiko much?

Anyway, kat Malaysia ada ke undang2 food tampering? Negara luar mcm US categorised kesalahan meludah, mengkahak, memijak etc produk makanan sbg jenayah 2nd degree felony. tak kesah la sengaja ke atau sekadar prank. silap2 boleh mereput bertahun2 dlm jel ya.
Quote matchstick 18-5-2023 08:03 AM
mejaputih replied at 18-5-2023 07:14 AM
Jap .camne dia ludah kalau review tu sambil makan sbb makanan tu dah dihidang dpn reviewer? Lain la  ...

Boleh je..buat2 tambah 1 lagi air or dessert kt hujung2 before org tu siap mkn n blah.
Paling mudah bagi teh tarik buih setambun smpi meleleh tepi gelas yg dh siap adun dgn air liur n kahak
Quote copy_paste 18-5-2023 08:27 AM
sbb tu makan kat rumah lagi bersih,
lg 1 aku suke makan kat kedai yg x ramai sgt org,pastu friendly x stress pekerja dia,
Quote rospinki 18-5-2023 08:33 AM
jijik perangai manusa ni kan..walo sakit hati kt org siap ludah gitu. ko jugak yg mintak doa baik2 tu kan kena uji sikit ko ludah makanan org. pastu seumur hidup sial
Quote pokokmeranti 18-5-2023 08:42 AM
biasa dah dengar, klu pulak yg makan tu VVVVVIP/politicians yg dibenci...mmg kena kahak dan ludah
Quote airfilterkotor 18-5-2023 08:45 AM
Influenza reviu makanan ni ada dua jenih:

1-Reviu jujur seikhlas hati.
2-Reviu berbayar dan lapar likes... hat ni air teh tarik semalaman pun dikatakan shedap.

Pandai-pandai la piley yg mana genuine dengan tak.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.342978 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top