Isteri Lan Solo sedih mengenangkan nasib anak sulungnya iaitu Nur Amna Qaleesya yang sering menerima kecaman netizen meskipun tidak melakukan sebarang kesalahan. Nur Sheila Hassim berkata, hanya kerana Amna, 11, anak seorang selebriti semua yang dilakukannya tidak kena di mata orang ramai.
Jelasnya anak perempuannya itu terlalu kecil untuk faham dan berdepan dengan situasi tersebut malah sudah banyak mengorbankan masa kecilnya dengan perkara negatif. "Dia banyak korbankan masa kanak-kanak dengan kecaman. Dia terlalu kecil untuk berdepan dengan dunia kecaman. "Kasihan sebenarnya, dia enjoy sikit pun salah di mata netizen. Dia menari pun salah. Serba-serbi salah hanya kerana dia anak selebriti," katanya di Instastory. Dalam pada itu, Sheila mendedahkan Amna pernah hampir berputus asa dengan apa dilaluinya sehingga meminta bapanya iaitu Lan untuk tidak menjadi seorang artis. "Sampai satu tahap dia putus asa dengan hidup dia. Sampai dia pernah cakap boleh tak Daddy tak perlu jadi artis? Sebab kawan-kawan sekolah dia tak pernah kena kecam. "Sedangkan kawan-kawan anak saya juga main TikTok, menari juga, mengaji juga. Korang faham kan?," ujarnya.
|
prince_marhaen replied at 17-5-2023 10:29 AM
hello @dudaberhias dah bangun tido ke tuuu...... lihatlah anak buah kesayangan u ni... ekekekekekeke
dudaberhias replied at 17-5-2023 11:04 AM
secara indirectly anak2nya nak bagitahu yang kerjaya retis ayahnya sendu tahap frozen di alaska... ...
ADVERTISEMENT