View: 3493|Reply: 51
|
Anak Sulung Minta Lan Solo Berhenti Jadi Artis, Tak Tahan Asyik Kena Kecam- Menari Salah, Buat Apa Pun Tak Kena
[Copy link]
|
|
Isteri Lan Solo sedih mengenangkan nasib anak sulungnya iaitu Nur Amna Qaleesya yang sering menerima kecaman netizen meskipun tidak melakukan sebarang kesalahan.
Nur Sheila Hassim berkata, hanya kerana Amna, 11, anak seorang selebriti semua yang dilakukannya tidak kena di mata orang ramai.
Foto: IG
Jelasnya anak perempuannya itu terlalu kecil untuk faham dan berdepan dengan situasi tersebut malah sudah banyak mengorbankan masa kecilnya dengan perkara negatif.
"Dia banyak korbankan masa kanak-kanak dengan kecaman. Dia terlalu kecil untuk berdepan dengan dunia kecaman.
"Kasihan sebenarnya, dia enjoy sikit pun salah di mata netizen. Dia menari pun salah. Serba-serbi salah hanya kerana dia anak selebriti," katanya di Instastory.
Dalam pada itu, Sheila mendedahkan Amna pernah hampir berputus asa dengan apa dilaluinya sehingga meminta bapanya iaitu Lan untuk tidak menjadi seorang artis.
"Sampai satu tahap dia putus asa dengan hidup dia. Sampai dia pernah cakap boleh tak Daddy tak perlu jadi artis? Sebab kawan-kawan sekolah dia tak pernah kena kecam.
"Sedangkan kawan-kawan anak saya juga main TikTok, menari juga, mengaji juga. Korang faham kan?," ujarnya.
Sheila bagaimanapun tertanya-tanya adakah netizen tidak pernah mengalami zaman kanak-kanak sehingga tidak pernah memahami situasi yang dialami oleh Amna.
Pun begitu, Sheila bersyukur kerana mempunyai sahabat iaitu Syura dan Fiza Halim yang sentiasa memberikan semangat buat Amna untuk tetap terus meneruskan minatnya.
"Kadang saya pun tertanya-tanya netizen ni tak pernah kecil ke? Tak pernah lalui zaman kanak-kanak ke? Main kahwin-kahwin, main masak-masak guna daun.
"Dulu tak pernah pakai seluar pendek ke masa kecil-kecil? Tapi nasib baik Mama Syura dan Aunty Fiza selalu bagi dia semangat untuk teruskan minat dia," katanya.
Untuk rekod, Sheila dan Lan mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009.
Selain Amna, pasangan itu turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qeesyara, 8, Muhammad Akid Qassyaff, 7, dan Nur Amna Quxandra, 5. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
tu lah bapak ko haprak, anak jadi mangsa kecam |
|
|
|
|
|
|
|
hello @dudaberhias dah bangun tido ke tuuu...... lihatlah anak buah kesayangan u ni... ekekekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Berhenti main socmed yg sepatutnya. Both mak and pak. |
|
|
|
|
|
|
|
JANGAN TAYANG ANAK MENARI2 DI SOCMED BODOH!
APA KAU SALAHKAN NETIZENS PULA? KAU BOLEH CONTROL ANAK KAU, BUKAN NETIZENS, HOKEH?! |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia yg sulong tu dah masuk sekolah seni kan? Duk asrama.
|
|
|
|
|
|
|
|
anak kim kardashian lagi teruk kena kecam satu dunia tapi steady dan kental jach . setakat anak retis sendu malaysia apa la sangat. kalau tak tahan kecaman private kan account; small matter . |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa suru tayang bnd2 yg mengundang kecaman??? |
|
|
|
|
|
|
|
secara indirectly anak2nya nak bagitahu yang kerjaya retis ayahnya sendu tahap frozen di alaska...
baik ayahnya kembali ke habitat asal pergi sumpit tupai atau panjang pokok petai dalam hutan agittew iols speku...
yang mak bapaknya pun bengap dan gila glamer... dah tahu rhoper anak2 tu macam anak orang asli yang hilang kat pos tohoi haritu lagi gigih dia menayang siap suruh terkinja2 macam beruk salji... choi!
dari gigih nak upkan rhoper anak dan diri sendiri yang so so je tu... baik lah pergi cari petai ke apa dalam hutan untuk bayar saman nana sendayan satu hari nanti...
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tu stop la post benda pelik2. Jadi artis normal tak boleh ke? bukannya bakat takde sampai nak kena post bukan2 |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahahahaha..... thanks uols. Harap memberi semangat kepada keluarga beliau.
btw kes sama nana sendayan masih delay ke tahun depan kan? cukuplah masa laki bini kepam ni kumpul duit kedai runcit theyols..
|
|
|
|
|
|
|
|
Get off from the social media! Tu je jalannya. Nak jadi penyanyi ke pelakon ke tak salah. The real prob is the social media! Ko stop social media, nnt kecaman2 tu pun berenti dgn sendiri. Tak pun post psl kerjaya ko je dalam tu. Settle masalah!
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...netizen ni pelik2 sket...kalau tayang2..tp semenggah ..ramai puji...mcm leona anak mami azhar tu...(walaupun kat forum org kutuk bdn dia...)
tp klau tayang x semenggah (mcm anak retis ni lah)..mmg berbakul2 kejian yang dapat...meols x boleh lupa bila anak2 heols warna rambut blonde hari tu...dah mcm anak pilak |
|
|
|
|
|
|
|
selebriti kelasssss
ko hengat ko level2 mekti ke beto kusyairi ke dekkk apak kau tuu |
|
|
|
|
|
|
|
nak cakap 1 jer, tak semua org boleh 'carry' baju2 ni .. kekadang baju yg cantik pun nampak tak cantik bila salah 'carry'
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak Beckham pun kena kecam dekk
1 time tu smpai Beckham nak mengamuk dh
Tp bini dia tak bagi Beckham mengamuk
Biar je netizen
Lama2 baru Beckham dapat terima abaikan je netizen |
|
|
|
|
|
|
|
kejam chuols semua tapi tu la
itulah juga yang terbuku dalam hati iols ni
thanks chuols dah suarakan apa yang ada dalam hati iols. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang xsuka kat mak ayah, so indirectly kena sekali kat anak..post pulak pelik2..korang tu dah la minor, supposedly must be protected by your parents..ni parents pulak encourage |
|
|
|
|
|
|
| |
|