CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rogol Budak Sehingga Lahirkan Bayi, Lelaki Dijel 8 Tahun, 4 Sebatan

16-5-2023 12:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 808| Komen: 4

Tawau: Seorang pekerja pembersihan dihukum penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun sehingga melahirkan bayi lelaki, November lalu.


Hakim Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Ali, 47, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Ali yang juga pemegang pasport warga Indonesia didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun ketika kejadian di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit di Semporna, 4 petang, 2 April tahun lalu.

Muhammad dihukum penjara lapan tahun dan empat sebatan selepas mengaku bersalah merogol kanak-kanak. FOTO Abdul Rahemang Taiming

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mohd Suhaimi dalam hujahnya memohon hukuman berat ke atas tertuduh mengambil kira faktor kepentingan awam selain kesan trauma dialami mangsa selepas dirogol tertuduh.

Katanya, mangsa dalam kes ini yang masih bersekolah sepatutnya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak perempuan lain namun terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ibu dalam usia yang sangat muda.

"Laporan daripada Jabatan Kimia juga mengesahkan tertuduh adalah bapa kandung bayi terbabit.

"Pendakwaan juga mengambil kira faktor tertuduh dalam kes ini adalah warga asing yang masuk ke negara ini sewajarnya dijatuhi hukuman berat selain perlu diusir pulang ke negara asal," tegasnya.

Hakim kemudiannya memerintahkan tertuduh dipenjara selama lapan tahun dan empat sebatan bermula dari tarikh tangkapan selain diusir pulang ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh disyaki merogol mangsa yang ketika itu sedang tidur bersendirian di rumahnya kira-kira 4 petang pada 2 April tahun lalu.

Tertuduh bagaimanapun ditangkap pada 21 November lalu selepas mangsa mengadu sakit perut sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tawau.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengandung 38 minggu dan selamat melahirkan bayi lelaki sebelum mendedahkan dia telah dirogol oleh tertuduh.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 16-5-2023 12:44 PM
Ndon. Ingatkan Pelipin.

Akak dah takleh beza muka Ndon, muka Pelipin kadang2.
Quote miszclassique 16-5-2023 12:55 PM
Yang cikgu kelantan rogol student borneo kt bilik muzik ke apa tu pecite entah
Quote missbigrockstar 16-5-2023 05:20 PM
Muka dah lah buruk, perangai setan, satu kerja Malaysia kena tanggung makan berak cangkung sebelum hantar lahanat ni balik Indon

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.036055 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top