"(Tanggal) 16 Mei adalah tarikh besar tatkala kita mengenang dan mengimbau jasa dan pengorbanan guru membangun bangsa dan masyarakat." Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook, mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru dan warga pendidik di negara ini.
Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas ilmu dan bakti diberikan guru yang pernah mendidik beliau. "Semoga ilmu yang dicurahkan memanusiakan kita dan kepada guru yang pernah mendidik saya, komitmen dan keringat kalian amat saya sanjungi. "Terima kasih atas ilmu dan bakti yang diberi," katanya yang turut memuat naik poster ucapan Hari Guru. Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 bertemakan 'Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI' diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka hari ini.
Sumber: BERNAMA |
ADVERTISEMENT