Sebelum ini, namanya dipuji-puji kerana memberi sumbangan sebanyak RM100,000 bagi melengkapkan jumlah RM9 juta yang diperlukan Wan Muhammad Naail atau Naail, kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang jumpa iaitu Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1.
Terbaru, Hafiz Mahamad sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila membuat kejutan kepada gurunya, Cikgu Linda dengan menghadiahkan tiket umrah. Usahawan dan pempengaruh itu berkata, hadiah berkenaan diberikan sebagai tanda penghargaan buat Cikgu Linda yang telah mendidiknya dengan penuh sabar ketika masih bersekolah. “Saya nakal dulu. Izinkahlah saya budak nakal ini datang balik ke sekolah ini untuk gembirakan awak. Cikgu saya tak tahu saya nak hadiahkan ini. “Tengoklah reaksi dia. Ya Allah gembira sangat. Di sini saya ada kejutan, saya rasa saya bertanggungjawab untuk beri balik. “Apa saya ada, apa pencapaian saya kepada guru saya balik. Hujung tahun ini atau awal tahun depan, saya nak bawa cikgu Linda ke bumi Allah untuk menunaikan umrah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hafiz berkata jada dan pengorbanan seorang guru terhadap para pelajarnya memang tidak terbalas. Sumber: Gempak
|
BoongaKertas replied at 16-5-2023 02:20 PM
iols sangka baik jer yg dia buat content mcm tu utk inspire more ppl outside. tp one thing, iols ada ...
prince_marhaen replied at 16-5-2023 02:00 PM
meols takde cikgu favourite sebab masa sekolah meols so busy aktiviti kelab, uniform semua...cikgu k ...
PULANGKAN replied at 16-5-2023 04:20 PM
sama la kita
bila time rehat, tegur acik kantin
helicornia replied at 16-5-2023 03:11 PM
musykil aku dia ni bisnes apa
miszclassique replied at 16-5-2023 03:39 PM
Sekolah hapiz ni la sekolah dr amalina che bakri 17A
naina replied at 16-5-2023 02:11 PM
Kadang terfikir..orang buat content sedekah ni tak segan ke..kalau aku nak bagi hadiah kat orang ni ...
ADVERTISEMENT