Dijangka melahirkan cahaya mata perempuan yang juga anak keempatnya pada Jun ini, pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar akui dia sememangnya teruja dengan kehamilan kali ini. Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.
Baru-baru ini, selebriti yang juga merupakan seorang usahawan ini menganjurkan majlis baby shower untuk dirinya yang bertemakan rona merah jambu. Umum mengetahui Dynas bakal menimang cahaya mata perempuan berdasarkan perkongsian dirinya mengenai kehamilan kali keempat ini. “Kehamilan anak keempat ini tidak dirancang dan saya juga berasa risau risiko dan komplikasi ketika mengandung pada usia menjelang 40-an ini. Saya harap anak keempat ini adalah yang terakhir,” ujar Dynas. Ditanya hamil pada usia menjelang 40-an, Dynas mengakui berbeza berbanding ketika mengandung pada usia 20 dan 30-an.
|
ADVERTISEMENT