Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham teruja untuk membuat konsert bersama kumpulan terkenal Indonesia, Wali Band di Zepp KL pada Sabtu ini. Katanya sebaik sahaja mendapat tahu tentang tawaran untuk berkolaborasi dengan kumpulan tersebut, mereka tidak berfikir panjang untuk menerimanya.
“Awalnya, manager kami hantar WhatsApp beritahu ada satu konsert ni nak colab dengan Wali Band, kami berenam-enam terus kata locked, terus kata ‘on’ walaupun tak tengok jadual lagi sama ada sibuk atau ada kerja lain pada hari itu. “Sebab ini ada penghormatan terbesar buat kami bila dapat digandingkan dengan band dari negara seberang lebih-lebih lagi mereka pernah menjadi fenomena pada ketika dulu,” ujarnya. Selain itu, Ayie turut memberitahu Floor 88 dan Wali Band mempunyai persamaan yang sama dari segi muzik menguatkan lagi keinginan mereka untuk berkolaborasi.
|
ADVERTISEMENT