Pernah bergelar Ratu Cantik Dunia atau Miss World sebelum terjun ke dunia lakonan, Priyanka Chopra terkilan apabila ukuran kecantikan di Bollywood masih berpaksikan warna kulit. Sejak dua dekad dalam industri, sehingga kini Priyanka masih berdepan pandangan stereotaip yang disifatkan satu kemunduran fikiran tersebut.
Menyingkap kisah lalu, aktres yang melebarkan langkah di Amerika Syarikat itu pernah dicop bukan kategori gadis cantik kerana mempunyai tona kulit agak gelap. Kesan daripada pandangan tersebut, isteri kepada Nick Jonas itu pernah berasa rendah diri tetapi lama-kelamaan menangkis pandangan skeptikal tersebut dengan kehebatan bakat yang dimilikinya. Bukan hanya isu kulit, Priyanka, 40, mendedahkan pernah diminta menurunkan berat badan supaya lebih kurus untuk muncul dalam iklan dan projek komersial lain. Kini kata ibu kepada seorang anak itu, pandangan sekeliling bukan lagi faktor yang boleh menggoyahkan keyakinan dirinya. Kehidupan di luar negara juga menguatkan jiwa menjadi lebih kental.
Sumber: Kosmo! Online
|
sarah_ary2 replied at 21-5-2023 07:29 AM
Priyanka ni ada buat mika kan? Muka asal masa dia menang miss world ke universe ritu
ADVERTISEMENT