Kuala Selangor: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri semata-mata untuk menunjukkan hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mampu memberi 'makan' kepada rakyat.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, penganjuran itu dilihat hanya untuk berseronok dengan membuat acara secara besar-besaran. "Semasa saya jadi Perdana Menteri, saya buat satu (rumah terbuka) sahaja tetapi beliau (Anwar) buat enam. "Tujuan utama rumah terbuka adalah merapatkan hubungan antara masyarakat dan wakil rakyat. Tetapi kerajaan hari ini buat walaupun kata tak akan ada acara besar-besaran. "Kenapa enam? Sebab nak tunjuk kepada rakyat supaya rakyat sokong beliau yang beri makan kepada orang ramai," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram di Bandar Puncak Alam, di sini, malam ini.
Turut hadir Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Setiausaha Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Marzuki Yahya dan Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli. Sebelum ini, Anwar memaklumkan kementerian dan agensi kerajaan perlu menghentikan penganjuran majlis besar-besaran untuk mengelak pembaziran perbelanjaan kerajaan. Ini termasuk pembelian pakaian baharu bagi sesuatu majlis atau program yang dilaksanakan. Setakat ini, majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri sudah diadakan di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang Kelantan, Terengganu dan Selangor. Sumber: Harian Metro |
sangbara2020 replied at 16-5-2023 07:33 AM
eh 1st komen...iolls tgu len2 komen duluan
adizero11 replied at 16-5-2023 07:54 AM
Atuk2..dah terang lagi bersuluh 6 negeri PMX buat rumah terbuka sbb nk hdap PRN..cuba xder PRN, dia ...
bakingsoda replied at 16-5-2023 03:02 AM
biar la menunjuk2 bagi makan rakyat dari senyap2 bagi makan kroni
lostnfaun replied at 16-5-2023 08:17 AM
Makin lama makin kontradiks apa yg anwar ckp. Awal² jd PM suh suma kementerian cut bajet, jgn buat ...
ADVERTISEMENT