CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1343|Reply: 24

Nak Tunjuk Hanya Anwar Mampu Beri 'Makan' Pada Rakyat - Dr Mahathir

[Copy link]
Post time 16-5-2023 06:53 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Selangor: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri semata-mata untuk menunjukkan hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mampu memberi 'makan' kepada rakyat.


Bekas Perdana Menteri itu berkata, penganjuran itu dilihat hanya untuk berseronok dengan membuat acara secara besar-besaran.






"Semasa saya jadi Perdana Menteri, saya buat satu (rumah terbuka) sahaja tetapi beliau (Anwar) buat enam.


"Tujuan utama rumah terbuka adalah merapatkan hubungan antara masyarakat dan wakil rakyat. Tetapi kerajaan hari ini buat walaupun kata tak akan ada acara besar-besaran.


"Kenapa enam? Sebab nak tunjuk kepada rakyat supaya rakyat sokong beliau yang beri makan kepada orang ramai," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram di Bandar Puncak Alam, di sini, malam ini.


Turut hadir Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Setiausaha Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Marzuki Yahya dan Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli.


Sebelum ini, Anwar memaklumkan kementerian dan agensi kerajaan perlu menghentikan penganjuran majlis besar-besaran untuk mengelak pembaziran perbelanjaan kerajaan.


Ini termasuk pembelian pakaian baharu bagi sesuatu majlis atau program yang dilaksanakan.


Setakat ini, majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri sudah diadakan di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang Kelantan, Terengganu dan Selangor.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2023 07:33 AM | Show all posts
eh 1st komen...iolls tgu len2 komen duluan
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 07:54 AM | Show all posts
Atuk2..dah terang lagi bersuluh 6 negeri PMX buat rumah terbuka sbb nk hdap PRN..cuba xder PRN, dia pn sama mcm atuk buat satu jer rumah terbuka..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin lama makin kontradiks apa yg anwar ckp. Awal² jd PM suh suma kementerian cut bajet, jgn buat majlis besar² takyah ada hadiah cenderahati bagai. Pastu buat open house sampai 6 negeri dah tentu bajet pun bertambah. Setiap open house yg dia pegi mesti ada 'pengumuman' dibuat. Kalau PN buat berkokok tak sudah².
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Hati Tun x cantik...
Anwar pula x ikhlas sepenuhnya ke...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketahui lah
Selain ramadan, syawal juga bulan membazir rakyat malaysia

Bukan setakat makan minum membazir
Membazir persiapan tempat, masa kerja
Beli segala jadah nak hias geraii
Pastu keja kelaut....sebulan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2023 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Jd muntriii pasti jd banggang… Semua sekali. Xde sekor muntri yg bbtol bole jg rakyat. So kita rkyt malaysia ni xpyh la nk sokong memana sgt terutama obses dgn parti. Sbb sume bangsat. Ko pilih je la wakil tmpt ko yg bebetol bole buat kje and turun padang. Parti better la korg tolak tepi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 09:10 AM | Show all posts
Bang Non buat rumah terbuka kat 6 negeri sebab nak bg peluang rakyat negeri lain merasa rumah terbuka perdana jugak...

Peluang rakyat negeri lain beramas mesra dgn pemimpin...nak luah pendapat ke cadangan ke...

Asik buat kat Putrajaya aje mmg orang KL/Selangor ajelah yang sedap tiap tahun...

Dah lar atuk... tak penat ke asik carik salah semua orang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2023 10:10 AM | Show all posts
sangbara2020 replied at 16-5-2023 07:33 AM
eh 1st komen...iolls tgu len2 komen duluan

Alahai..... tak habis2 lagi ke.  "Aku, kalau dah benci, ape2 yg kau buat aku tak akan suka" ala2 kata ibu mertuaku kpd Kassim Selamat.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 10:21 AM | Show all posts
Haramkan sahaja lah rumah terbuka ni dah kalau dengki sangat

Aku OK jer

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
adizero11 replied at 16-5-2023 07:54 AM
Atuk2..dah terang lagi bersuluh 6 negeri PMX buat rumah terbuka sbb nk hdap PRN..cuba xder PRN, dia  ...

perak ada jugak..kalau negeri bawah PH mmg gabung majlis persekutuan + negeri, yg bawah pembangkang dah lobai nak buat asing biar la dorang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
biar la menunjuk2 bagi makan rakyat dari senyap2 bagi makan kroni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 16-5-2023 03:02 AM
biar la menunjuk2 bagi makan rakyat dari senyap2 bagi makan kroni

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sooooo..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp melaka, johor & sabah  pmx   buat open haus?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak bagi gula gula x lama lagi nak bubar dun..nak perkenalkan diri bahawa dia pmx...publishiti kata org..team pr bangnon buat kerja maknaya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2023 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by xy_daen at 16-5-2023 01:24 PM

Guna dana Kerajaan untuk kepentingan propaganda politik sempena PRN di 6 negeri tersebut. Negeri yang tiada PRN x buat pulak. Hipokrit
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 01:32 PM | Show all posts
politician, dia akan cari cara untuk mempopularkan diri dia, time bulan syawal, rumah terbukalah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 16-5-2023 08:17 AM
Makin lama makin kontradiks apa yg anwar ckp. Awal² jd PM suh suma kementerian cut bajet, jgn buat  ...

Tapi dia cakap buat rumah terbuka di 6 negeri ni lagi jimat dari buat buat rumah terbuka sehari di rumah perdana menteri
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 02:31 PM | Show all posts
dah la atok oiii..duduk rumah baca buku ke qoran ke.. yang bangnon pulak boleh tahan ye all out since nak PRN ni..apa je la achievement bangnon beberapa bulan ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.355373 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list