Christian Dior dilaporkan memperbaharui kontrak ‘luar biasa’ dengan pesohor hiburan penuh kontroversi, Johnny Depp. Jenama rangkaian fesyen dan wangian terkenal Perancis itu didakwa menjalin kerjasama baharu dengan Depp sebagai ‘wajah wangian’ lelaki dengan nilai kontrak terbesar dalam sejarah mereka.
Depp dikatakan menerima kontrak bernilai RM89.5 juta ($20 juta) untuk tempoh tiga tahun, lapor satu sumber kepada Variety. Nilai kontrak tersebut dipercayai jauh ‘meninggalkan’ jumlah yang pernah diperoleh beberapa duta Dior yang lain termasuk bersama aktor Robert Pattinson dan Brad Pitt. Pattinson pernah menjadi duta Dior Homme dengan bayaran RM53.7 juta ($12 juta) manakala Pitt yang mempromosikan Chanel No.5 menandatangi kontrak bernilai RM31.3 juta ($7 juta). Bagaimanapun pihak Dior dan Depp belum memberi kenyataan rasmi terhadap laporan yang dikeluarkan.
Dior sebelumnya tidak mengendahkan kontroversi yang tercetus di antara Depp dengan mantan isterinya, Amber Heard pada 2020 dengan meneruskan kerjasama di antara mereka yang terjalin sejak tahun 2015. Bintang Pirates of the Caribbean sangat sinonim sebagai wajah Dior Sauvage yang memberi imej dirinya sebagai rocker yang ‘nakal’. Sumber: Gempak
|
gerbera.memopad: Walaupuan Johnny sekali imbas nampak busuk tapi sold out ya perfume ni especially lepas dia menang court case tu. Dan ini antara brand yang seti ...
zarulnazmi replied at 16-5-2023 08:20 AM
Susah nak jumpa jenama yang berpegang pada ayat "innocent until proven guilty". Selalunya bila ada ...
ADVERTISEMENT