Peserta Big Stage 5, Aufahanie diminta juri tetap, Ajai supaya lebih menjiwai dan memahami lirik lagu yang disampaikan dalam sesebuah lagu yang dipersembahkan. Pada minggu kedua saingan, bintang muda itu menyanyikan lagu Nang yang dipopularkan Iman Troy, namun gagal memikat hati juri seterusnya membawa kepada peratusan markah antara tiga terendah di antara 13 peserta bertanding.
Ajai memberikan kenyataan itu sebagai komen sejurus Aufahanie selesai membuat persembahan. Ketika Ajai bertanya mengenai sejauhmana kefahamannya terhadap lagu berkenaan, Aufahanie akui dia terlebih fokus kepada pergerakan tarian dan berjaga-jaga kawal stamina. “Sebab itulah penjiwaan lagu hilang. Pembawakan utama di dalam sesebuah lagu adalah ‘feelings’, kefahaman maksud lirik yang kamu nyanyikan itu. Ia akan membawa lontaran maksud… itu adalah ‘pergerakan’ dalam nyanyian.
“Jadi saya tak rasa… rasa kosong. Pada awal itu saya sudah tahu. Yang banyak bahagian ‘flat’ dan yang tak pasti. Ingat, ini pertandingan. Kamu diberikan masa yang singkat jadi kamu kena siap sedia. “Nak buat macam mana ini pertandingan, kamu kena lalui perkara ini ya. Fokuskan kepada nyanyian yang sedap. Saya nak dengar sedap. Saya tak mahu dengar nyanyian yang tak ada perasaan. “Pada saya kalau nyanyian sebegitu, tak juga kamu pergi reheasal atau pergi praktis. Sebabnya kamu tak faham apa setiap perkataan yang kamu nyanyikan. Terima kasih,” katanya. Sumber: Media Hiburan
|
ADVERTISEMENT