CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 435|Reply: 1

Ajai Rasa Kosong, Aufahanie Nyanyi Tak Ada 'Feel'

[Copy link]
Post time 15-5-2023 06:09 PM | Show all posts |Read mode
Peserta Big Stage 5, Aufahanie diminta juri tetap, Ajai supaya lebih menjiwai dan memahami lirik lagu yang disampaikan dalam sesebuah lagu yang dipersembahkan.


Pada minggu kedua saingan, bintang muda itu menyanyikan lagu Nang yang dipopularkan Iman Troy, namun gagal memikat hati juri seterusnya membawa kepada peratusan markah antara tiga terendah di antara 13 peserta bertanding.


Ajai memberikan kenyataan itu sebagai komen sejurus Aufahanie selesai membuat persembahan.




IG/Media Hiburan




Ketika Ajai bertanya mengenai sejauhmana kefahamannya terhadap lagu berkenaan, Aufahanie akui dia terlebih fokus kepada pergerakan tarian dan berjaga-jaga kawal stamina.


“Sebab itulah penjiwaan lagu hilang. Pembawakan utama di dalam sesebuah lagu adalah ‘feelings’, kefahaman maksud lirik yang kamu nyanyikan itu. Ia akan membawa lontaran maksud… itu adalah ‘pergerakan’ dalam nyanyian.


“Jadi saya tak rasa… rasa kosong. Pada awal itu saya sudah tahu. Yang banyak bahagian ‘flat’ dan yang tak pasti. Ingat, ini pertandingan. Kamu diberikan masa yang singkat jadi kamu kena siap sedia.




Media Hiburan




“Nak buat macam mana ini pertandingan, kamu kena lalui perkara ini ya. Fokuskan kepada nyanyian yang sedap. Saya nak dengar sedap. Saya tak mahu dengar nyanyian yang tak ada perasaan.


“Pada saya kalau nyanyian sebegitu, tak juga kamu pergi reheasal atau pergi praktis. Sebabnya kamu tak faham apa setiap perkataan yang kamu nyanyikan. Terima kasih,” katanya.




Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2023 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan semua org pandai multitasking
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.238667 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list