CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aina Abdul Tak Peduli Baju Dikutuk "Tapi Sebenarnya Tak Selesa, Sakit Kepala"

15-5-2023 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1614| Komen: 17

Dikutuk pakai turban pada minggu kedua sebagai juri tetap program realiti, Big Stage, Aina Abdul kata,

"Saya sudah lali dengan kecaman netizen dan menganggap diri ini seperti baju kalis peluru"


Foto: IG

Menurut Aina, penampilannya sebagai juri tetap dalam program Big Stage musim terbaharu itu juga ada matlamat tersendiri.

"Saya anggap menjadi juri di pentas Big Stage adalah peluang keemasan untuk meninggalkan kesan dan impak positif pada program itu.

"Sebagai juri, saya hanya duduk. Sebab itu penampilan dan imej saya penting untuk memberi impak kepada penonton," katanya kepada Harian Metro.


Mengulas penampilannya dalam Big Stage itu lagi, kata Aina, pada mulanya turban yang digayakannya itu lebih tinggi tetapi terpaksa dipotong sedikit untuk keselesaan.

"Bila saya mencuba turban itu, saya percaya bukan saja netizen, malah penerbit program pun akan kecam sebab itu kami potong sedikit.

"Saya akui turban yang digayakan itu berat kerana selepas peserta kelapan mengadakan persembahan, saya mula rasa tidak selesa dan sakit kepala," katanya.



Bagaimanapun, kata Aina, dia memang mengadakan perbincangan dengan penata gayanya pada setiap minggu membabitkan imej yang ingin ditampilkan.

"Penata gaya saya memang gila-gila orangnya dan saya pula memang suka berkarya.

"Tema kami setiap minggu adalah ' Aina Abdul' dan kami akan beri visual pada netizen sana ada mereka suka atau tidak dengan imej dan penampilan yang ditampilkan itu.

"Kami banyak mengambil inspirasi daripada model dari Afrika Selatan, budaya dari Nigeria dan Sudan kerana fesyen mereka unik dan menarik," katanya.


Terdahulu, imej dan penampilan Aina ketika menjadi juri tetap minggu kedua program Big Stage musim kelima mendapat kecaman teruk daripada netizen.

Menerusi tinjauan di media sosial Aina, rata-rata netizen mengkritik penampilan turban yang digayakannya kerana mengganggu pandangan penonton di belakang.

Tidak kurang juga ada netizen yang menganggap turban digayakan Aina itu seperti ketumbuhan di kepala. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 16-5-2023 08:47 AM
g mapos sama luuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Quote laksmanabentan 16-5-2023 08:51 AM
ini namanya bonggokk... selfish...
patutlah tak fames pun... hahahhahaa...
Quote Zack8hunter 16-5-2023 09:07 AM
Baju2 dia tu ada yg sponsor ke? ke mmg guna duit sendiri?
Quote cikatilia 16-5-2023 10:26 AM
elok la sakit sikit2 lama2 jadi bukit
Quote shinyoung 16-5-2023 10:41 AM
Xtau knpe dia nk styling pelik2 sbb dia blh nyanyi dgn baik. Xperlu fesyen mengarut utk stay relevant.. Ok je klu ada identiti mcmtu tp kn ada kesesuaian mjls.. Cth pergi met gala ke, music show ke, secretary week ke.. Klu jd juri lebih baik berpakaian seadanya yg blh menampkkn kredibiliti, kewibawaan..

Kesian tgk org duk blkg dia ms1st epi tu.. Tpksa dongak kepala.. Mesti mamat tu xpuas hati.. Haha
Quote twins 16-5-2023 10:45 AM
Yang baju hitam bulu2 tu bila tengok jer terus teringat cerita Snow White & Huntsman... Witch Queen tu sebijik mcm tu ...
Quote dudaberhias 16-5-2023 10:51 AM
Gigih la pakai fesyen pelik2. Dari dok perabih kat fesyen2 tu apa kata ko pergi laser kulit muka ko dulu dek aina oi. Lagi seram kaka tengok muka kau dari fesyen ko pakai tu.

Takde ke stylist yang cerdik sikit yang boleh sarankan dia pergi klinik pakar kulit instead korang dandan sheols persis anak derhaka di sumpah jadi plastik sampah. Tunggu DBKL datang kutip jah!

Quote Sazreena 16-5-2023 12:43 PM
Pembaziran..geng setan. Suara boleh nyanyi pun insecure lagi ke..
Quote heythere123 16-5-2023 02:32 PM
sikit2 okay la, kalau buat selalu muak jugak
Quote ekselen 16-5-2023 03:36 PM
Yg baju merah tu kalo buang design luar cam kelopak tu...lg menarik kot..sbb baju merah tu dah kena ngan sheols..yg turban hijau tu mebi ko kecikkan byk, bg dia nampak cam topi ala2 british heir tu pun ok je... Biar comel terletak dr gedabak dah mcm sarang tebuan haku tgk
Quote MistrezHermanaz 16-5-2023 03:40 PM
nk pakai pelik lantak ko la, tp pk la org duduk kt belakang,sian..dh la turban tu tinggi, tau pulak sakit kepala..kalau keje ko nyanyi je atas pentas xyah duduk bwh xpe la jgk
Quote nsmy 16-5-2023 03:51 PM
bersederhanalah dalam semua perkara....
Quote sleepandream 16-5-2023 04:27 PM
sbb fashion pelik2 ni lah sheols dpt job jd juri noks...
kalau tak whoryus lagi sheols
Quote sangbara2020 16-5-2023 04:27 PM
dh rentua sok nak lg ke buat stail gini eh..mau reput tulang nko
xmemasal bg beban ke badan ....
Quote apedehal 16-5-2023 04:59 PM
Stylist dia yg selalu duk style lopa zmn2 mendonia ken...sbb aina ni always remind me of jahlop punya pesen sense
Quote love_warrior 16-5-2023 05:03 PM
Zack8hunter replied at 16-5-2023 01:07 AM
Baju2 dia tu ada yg sponsor ke? ke mmg guna duit sendiri?

Lepas guna baju² tu buat apa? Nk buat pre loved konpem xdak yg nk beli
Quote voiceofreason 17-5-2023 11:50 AM
Ada sebabnya dia ni suka berfesyen pelik2. Muka tembam lebam penuh kawah bulan tu memang susah nak jaja. Kalau tengok makeup dia pun dah bermacam2 cara dia buat, dah jadi macam geisha pun ada supaya nampak putih mulus muka tu. Fans fanatik dia cakap cantik pula, macam kembar Siti diaorang cakap. Sian. Ning, Nurul, Dayang takdelah classic beauty pun, tapi bijak berpakaian dan jaga penampilan. Aku rasa bila designers tengok dia ni senang dimanipulasi, mulalah tiap sorang jadikan dia bahan experiment (macam guinea pig gitu). Tapi tu lah, orang rasa menyampah dan kesian, dia pula rasa bangga dan perasan cantik. Tak dapat diselamatkan species jenis ni. Sekarang ni karier nyanyian tengah kencang selepas 10 tahun mencuba, harap dapat bertahan lebih lama dari baju2 badut dia tu.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.064707 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top