CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mahu Berlaku Adil Dengan Peminat, Anna Jobling Anjur Rumah Terbuka Buat Peminat Di Jakarta

15-5-2023 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 397| Komen: 1

Description: Anna Joblingmenganjurkan sebuah majlis Rumah Terbuka di Jakarta demi menunaikan janji terhadap peminatnya di sana.
Anna Joblingmenganjurkan sebuah majlis Rumah Terbuka di Jakarta demi menunaikan janji terhadap peminatnya di sana.

Selain ke sana atas urusan kerja, Anna turut menyatakan majlis Rumah Terbuka tersebut dilakukan di Jakarta kerana mahu berlaku adil dengan peminatnya dari kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia.


Foto: IG

“Majlis berbuka puasa yang lalu telah berlangsung di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh peminat dari Malaysia, jadi saya berniat untuk anjur Rumah Terbuka di Jakarta pula.

“Alhamdullilah, segalanya telah berjalan dengan lancar yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan juga dibantu oleh kelab peminat Indonesia. Kalau diikutkan ini kali ketiga saya ke sana bertemu peminat selepas kali pertama dulu hadir bersama Merqeen,” katanya.


Dalam pada itu, Anna juga sempat memberikan kenyataan berkenaan desas-desus yang menyatakan dirinya tidak mahu peminatnya menyerbu kediaman keluarganya di Melaka pada Hari Raya.

“Semuanya adalah salah faham yang timbul daripada tajuk artikel. Kediaman keluarga Anna di Melaka sangat kecil ruangnya. Jadi bila wartawan tanya adakah saya menerima kunjungan peminta di Hari Raya, saya tidak kongsi alamat kerana tidak mahu tetamu yang hadir bersempit di rumah. Keluarga juga mahukan privasi di Hari Raya,” jelasnya.


Malah, Anna juga berharap agar niat baiknya untuk menganjurkan majlis Rumah Terbuka itu di sana tidak disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

“Bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak. Tapi, Alhamdullilah, peminat saya sangat memahami dan tidak putus menyokong karier saya.

“Tak timbul isu pilih kasih atau tidak. Saya juga memang mencuba yang terbaik untuk meluangkan masa bersama-sama peminat jika ada waktu lapang,” tambahnya.



Dalam perkembangan lain, Anna ke Jakarta juga atas urusan kerja serta mencuri masa beramah mesra dengan peminat di Indonesia.

“Ada beberapa tawaran daripada pihak produksi di sana, namun saya terpaksa menolak atas sebab jadual yang ketat di Malaysia.


“Jadi kali ini, pihak pengurusan akan cuba yang terbaik untuk menyusun jadual dan mempertimbangkan beberapa tawaran yang datang,” jelasnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 16-5-2023 08:46 AM
alahai dgn sikit je pon smbt nya. ingtakan satu ummah yindonn dtg

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.041774 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top