Sempena Hari Ibu, Uyaina Arshad bawa ibunya ke kedai emas. “Untuk wanita teristimewa dalam hidupku. Selamat Hari Ibu. Aku membesar melihat kesusahan seorang ibu tunggal membesarkan 4 orang anak seorang diri.
“Arwah ayah aku meninggal sewaktu aku berusia 4 tahun. Sejak dari itu, mak aku lah yang membanting tulang siang dan malam untuk membesarkan kami 4 beradik seoarang diri “Memandangkan aku yang paling bongsu, jadi akulah yang selalu ikut dia ke kedai pajak gadai. Bila ada duit lebih, dia akan beli emas. Bila ada waktu terdesak, dia akan pajak emas balik untuk dapatkan duit. “Kadang, dia mampu untuk tebus balik emas dia. Kadang, tergadai begitu sahaja sebab tak cukup duit nak tebus balik,” kongsi Uyaina.
|
ADVERTISEMENT