CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Bayar RM500,000 Je?' - Rakyat Macam Cicak Telan Kapur, Khairunnisa Dapat Tanah Dalam Bandar

15-5-2023 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2739| Komen: 27

Rakyat Negeri Terengganu umpama cicak telan kapur manakala beruntungnya jadi isteri wakil rakyat PAS di negeri itu apabila dapat membeli sebidang tanah yang bernilai RM29 juta dengan harga setengah juta atau RM500,000 sahaja.



Beruntung menjadi isteri wakil rakyat PAS di Terengganu apabila dapat membeli sebidang tanah bernilai RM29 juta dengan harga setengah juta atau RM500,000 sahaja, berbeza dengan rakyat yang umpama cicak telan kapur.

Tanah tersebut yang pada asalnya adalah milik Kerajaan Negeri Terengganu kini menjadi milik Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Isteri Wakil Rakyat PAS Terengganu atau singkatannya Khairunnisa.


GAMBAR tangkap layar lokasi tanah yang dibeli pada harga RM500,000 yang kini dinamakan Dataran Khairunnisa di Terengganu.

Khairunnisa dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar, Tuan Faezah Tuan Abd Rahman telah didaftarkan di alamat Pejabat PAS Terengganu iaitu No. 33, Taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu.


Yang meluluskan permohonan pembelian tanah itu ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Terengganu sendiri, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri.

Tanah berkeluasan 11,299 meter persegi itu juga strategik lokasinya. Ia terletak di Batas Baru yang berada dalam kawasan pusat bandar Kuala Terengganu (KT) dengan jarak 500 meter dari Wisma Darul Iman.

Tidak cukup setakat itu peletakan strategik tanah yang bernilai jutaan ringgit, ia ‘berjiran’ dengan Ibu Pejabat Polis Terengganu (IPD), Hospital Pakar Salam dan Menara Yayasan Islam.

Paling ‘strategik’, tanah itu juga terletak kira-kira 100 meter dari Pejabat PAS Terengganu dan sesuai untuk dibangunkan sebuah kompleks pentadbiran PAS Terengganu.

Ramai yang merasakan keputusan yang dibuat oleh Ahmad Samsuri ialah satu keputusan yang ‘jahat’ terhadap rakyat negeri apabila ‘menjual’ tanah milik kerajaan negeri dengan harga sebegitu murah.

Konflik dalaman atau ‘conflict of interest’ dalam isu penjualan tanah kepada Khairunnisa ialah sebagai seorang ‘Menteri Besar’ selaku pembuat keputusan telah menyerahkan tanah milik kerajaan negeri yang bernilai tinggi kepada pemohon iaitu ‘isteri Menteri Besar’. Kalau ke Terengganu, dapatlah dilihat ‘Dataran Khairunnisa’.

Surat daripada Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Terengganu bertarikh 18 Julai 2019 mengesahkan nilaian pasaran terbuka tanah tersebut ialah RM29,370,000.

Atas kepentingan ‘kerajaan pimpinan Menteri Besar’ dan ‘persatuan pimpinan isteri Menteri Besar’, bayaran premium yang sepatutnya dikenakan sebanyak RM5.87 juta ‘dikurangkan’ kepada RM500 ribu sahaja.

Merujuk kepada dokumen Notis Bahawa Hasil Tanah Harus Dibayar (Borang 5A, Seksyen 81 dan 82) daripada Pentadbir Tanah Kuala Terengganu bertarikh 9 Ogos 2020, jumlah premium yang dikenakan ialah RM5,874,000.

Namun atas konflik kepentingan dan ‘kasih sayang’ antara Menteri Besar dan isteri Menteri Besar, Notis Bahawa Hasil Tanah Harus Dibayar (Borang 5A, Seksyen 81 dan 82) kali kedua daripada Pentadbir Tanah Kuala Terengganu bertarikh 4 Januari 2021, jumlah premium yang dikenakan hanyalah RM500,000. 


Sumber: TERENGGANU COVERAGE - Suara merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 15-5-2023 10:48 AM
dah lapor SPRM?
Quote dua_chzy 15-5-2023 10:48 AM
Sebab tu kalau politicians mati akak malas nak al fatihah nak simpati sangat dek. Mudah2an ramai lagi mati macam aruah JJ tu. Sedap hidup uols kan. Sebab tu suma nak pegang power. Bukan huntok rakyat sangat. Huntok tembolok sendiri saja.
Quote B40tastePosh 15-5-2023 10:55 AM
Orang Terengganu akan undi PAS demi kelngsungan Melayu...

Teringat kata kata Munsyi Abdullah pasal Melayu Terengganu
Quote Supersirap 15-5-2023 10:59 AM
Seronoknya dapat jualan murah
Quote Buritan 15-5-2023 11:03 AM
pokokmeranti replied at 15-5-2023 10:48 AM
dah lapor SPRM?


Tak payah buang masooo jahh.. org beso ni kelsntumgnyaa lebih.. lopes je laa ni..
Quote BoongaKertas 15-5-2023 11:04 AM
perghhh. untung gile.
Quote cmf_acura 15-5-2023 11:04 AM
bagi persatuan.. ingat kan bagi individu seperti tukarkan gran lease hold, kepada free hold, macam satu negeri tu, dan juga bagi tanah kepada pembalak haram hutan simpan...
Quote Buritan 15-5-2023 11:05 AM
Supersirap replied at 15-5-2023 10:59 AM
Seronoknya dapat jualan murah

Pilihanraye nanti totap menang.. bg aku org klntn dgn ganu LG bodohh..
Quote MarryPottet 15-5-2023 11:28 AM
Yahudi Zionist laknatullah yg memegang pucuk pimpinan negara haram Israel tu ada dok buat gini, iaitu menghakmilikkan tanah kerajaan kepada parti mereka dgn harga yg jauh tersangat rendah dari harga pasaran? #tanyajer
Quote nw111 15-5-2023 11:48 AM
dua_chzy replied at 15-5-2023 10:48 AM
Sebab tu kalau politicians mati akak malas nak al fatihah nak simpati sangat dek. Mudah2an ramai lag ...

Sokong ko kak...asal nama politisyen tak kira la party mana...hampeh belaka perangai..
Quote LadyCarefree 15-5-2023 11:51 AM
dua_chzy replied at 15-5-2023 09:48 AM
Sebab tu kalau politicians mati akak malas nak al fatihah nak simpati sangat dek. Mudah2an ramai lag ...

Serupa la esp kalau soltan dan family mati buat apa nak kesian. Cakap psl JJ hmmm bekas pegawai khas dia tiber2 kaya raya dengan si binik tiber dpt grant berjuta2 lemon. Pelik. Tapi gitulah kan.....
Quote annehuda 15-5-2023 11:56 AM
tp la kan setau aku kalau tanah kerajaan yg dibeli oleh kelab kerajaan ni mmg dpt diskaun. cth la mcm PIBG nk beli tanah kerajaan, premium dan cukai tu akan kire lain.  tanah baitulmal cukai tahunan baru rm10
Quote asamfish 15-5-2023 02:16 PM
dua_chzy replied at 15-5-2023 10:48 AM
Sebab tu kalau politicians mati akak malas nak al fatihah nak simpati sangat dek. Mudah2an ramai lag ...

yes!  me too!  even mana2 retis kekwat2 or politicians2 yang sakit pastu family dok mintak doa rakyat jelata, aku skip kan aje....

Quote becir 15-5-2023 04:01 PM
dua_chzy replied at 15-5-2023 10:48 AM
Sebab tu kalau politicians mati akak malas nak al fatihah nak simpati sangat dek. Mudah2an ramai lag ...

JJ mati tu pun takdela hina mana..takde keluar terribly hot tea yg membolehkan kita makan popcorn macam tiada hari esok..
Quote bakingsoda 15-5-2023 04:05 PM
annehuda replied at 15-5-2023 11:56 AM
tp la kan setau aku kalau tanah kerajaan yg dibeli oleh kelab kerajaan ni mmg dpt diskaun. cth la mc ...

definisi kelab kerajaan? persatuan PARTI POLITIK boleh ke? best la menyacow harta negeri selagi berkuasa kalau gitu

Quote annehuda 15-5-2023 04:08 PM
bakingsoda replied at 15-5-2023 04:05 PM
definisi kelab kerajaan? persatuan PARTI POLITIK boleh ke? best la menyacow harta negeri selagi be ...

mcm cth aku kasi tulah, pibg, persatuan ibubapa dan guru, cuepacs, puspanita.  aku pun tak sure tapi camtula dulu2 kalau ko ingat kelab2 kerajaan ni siap ada houseclub sendiri tp ni dulu aku tak sure la skrang camne
Quote cranell 15-5-2023 05:04 PM
takpe, rakyat yg undi di janjikan sorga
Quote heywana 15-5-2023 05:33 PM
Takpe. Janji isley ke Isley takda masalah. Rakyat restuuuu..
Quote orangbiasaje 17-5-2023 08:56 PM
Rakyat Negeri Terengganu umpama cicak telan kapur manakala beruntungnya jadi isteri wakil rakyat PAS di negeri itu apabila dapat membeli sebidang tanah yang bernilai RM29 juta dengan harga setengah juta atau RM500,000 sahaja.



Beruntung menjadi isteri wakil rakyat PAS di Terengganu apabila dapat membeli sebidang tanah bernilai RM29 juta dengan harga setengah juta atau RM500,000 sahaja, berbeza dengan rakyat yang umpama cicak telan kapur."

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.049310 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top