CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Layan Suami Macam Pelacur, Suruh Suami Sakitkan Isteri Kalau Tak Nak Layan Nafsu

15-5-2023 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3725| Komen: 56

Kuala Lumpur: Seorang wanita didakwa menyebarkan fahaman menyimpang daripada syarak berkaitan perhubungan suami isteri serta menggunakan platform kumpulan Telegram untuk menyebarkan dakyah berkenaan.


Difahamkan, wanita itu menggunakan platform Telegram sebagai medium utama penyebaran fahaman berkenaan dan ia disedari sejak beberapa minggu lalu.

Antara dakyah yang dipromosikan oleh wanita itu adalah menyuruh suami merogol isteri serta melayani suami umpama pelacur.


Gambar Hiasan

Selain itu, terdapat kiriman di dalam kumpulan Telegram berkenaan yang menyuruh suami untuk menyakiti isteri mereka bagi yang enggan melayani 'hajat' si suami.

Dakyah terbabit menggunakan agama kononnya menyuruh si isteri melayani hajat suami tidak mengira masa dan keadaan.

Berdasarkan pemerhatian Harian Metro, wanita itu juga mempunyai kumpulan di platform Telegram yang mempunyai mengikut lebih 24,000 dan difahamkan terdapat satu lagi kumpulan di platform sama namun bagi individu berminat perlu membayar suatu harga 'keahlian' untuk diterima masuk.


Pentadbir kumpulan berkenaan banyak berkongsi tentang tips hubungan suami isteri namun dalam perspektif yang lebih ekstrem.

Ia termasuk membenarkan si suami merogol isteri mereka bagi yang enggan bersama malah menggalakkan suami untuk menyakiti isteri kononnya sebagai bentuk pengajaran kepada yang enggan menuruti kehendak suami.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Dr Zamihan Mat Zin berkata, kumpulan berkenaan jelas menggunakan topeng Islam kononnya mahu mengajar wanita menjadi isteri terbaik namun dalam kerangka kefahaman yang salah.

"Ini adalah bentuk penderaan fizikal serta seksual kepada isteri atas nama ketaatan sedangkan ia sangat jauh menyimpang daripada maksud sebenar yang sudah digariskan di dalam Islam.

"Saya sangat mengharapkan pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) melaksanakan siasatan dengan segera termasuk memanggil wanita serta pentadbir kumpulan berkenaan.

"Difahamkan juga wanita yang menyebarkan dakyah itu melakukan video siaran langsung di media sosial (Facebook) dan kefahaman ekstrem ini perlu dibendung di peringkat awal," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Zamihan berkata, kefahaman wanita ini jelas terlalu menyimpang dan berdasarkan pemerhatian dalam kumpulan berkenaan, banyak kefahaman yang tidak mencerminkan hakikat sebenar.

Pada masa sama, pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya atau lebih dikenali sebagai PU Syed turut menggesa pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan segera terhadap kumpulan ini.

Beliau berkata, asas ajaran yang diberikan kepada pengikutnya adalah lebih cenderung kepada penderaan seksual serta fizikal kepada isteri dengan menjual nama ketaatan.

"Kumpulan ini juga membuat dorongan iaitu boleh memukul isteri jika tidak mahu melayani suami dan ini sudah menyimpang daripada agama," katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kewujudan akaun Telegram yang membincangkan topik lucah.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat pertemuan bersama pihak berkaitan termasuk meminta agensi itu untuk membimbing serta memberi nasihat.

"Saya sudah mengarahkan Jakim untuk membuat laporan kepada pihak SKMM berkaitan kandungan yang terkandung dalam media sosial untuk diambil tindakan lanjut.

"Ada perkara yang tidak perlu kita bincang secara terbuka termasuklah dalam bab hubungan intim suami isteri.

"Apatah lagi topiknya dengan menggunakan bahasa berbaur lucah, ini bukan akhlak Islam," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 15-5-2023 09:52 AM
Emm mulayu dgn seks berpisah tiada.. di mulut haram sana sini snun.. bab ngeseks Allah dah bg yg halal.. Allah dah muliakan taraf seorg isteri suh plk JD pelacor . Ape daa.. bila laa nak maju kaum layuuu nii..
Quote ninja boy 15-5-2023 10:01 AM
Bini kena pandai spt pelacur supaya lelaki tak lari kawen lain dituduh derhaka dll. Nak minta cerai kena bayar 1 jota belikan rumah seketul kereta seketul kat suami baru boleh cerai gitu
Quote Buritan 15-5-2023 10:03 AM
ninja boy replied at 15-5-2023 10:01 AM
Bini kena pandai spt pelacur supaya lelaki tak lari kawen lain dituduh derhaka dll. Nak minta cerai  ...

Suh bini tuu keje pelacor aje laa . Setahun dah boleh beli rumah beli kete.. hahahaha..
Quote SWORKS27 15-5-2023 10:08 AM
melayu seks berpisah tiada..dhabitah sabri kawin pun mula jantan2 sangap komen sinis bunyi seks...bodo betul
Quote CariMalay 15-5-2023 10:12 AM
fahaman camni tak elok sebab dah ada kes suami paksa isteri layan nafsu time isteri tu uzur dan last2 si isteri mati akibat pendarahan tanpa henti.

bila fahaman camni dihidupkan dan dipraktikkan, then kes2 macam yang aku cakap tadi akan meningkat berlipat kali ganda, termasuklah kes2 lain.
Quote _blackbird 15-5-2023 10:14 AM
di syurga nnt kita pon boleh bdsm dengan bidadari sambil diperhatikan bidadari lain.
Quote rospinki 15-5-2023 10:29 AM
kuat ngeseks ni pompuan hrp bijik dia dh potong abis
Quote midori888 15-5-2023 10:32 AM
apsal byk sgt thread ppuan giler tu...
Quote krustykrab 15-5-2023 10:34 AM
_blackbird replied at 15-5-2023 10:14 AM
di syurga nnt kita pon boleh bdsm dengan bidadari sambil diperhatikan bidadari lain.

Kat dunia.pun lelaki untung..kat syurga pun depa untung
Pompuan mana² pun rugi..atas kertas je kata moliaaa:
Quote Bipolajourney 15-5-2023 10:39 AM
_blackbird replied at 15-5-2023 10:14 AM
di syurga nnt kita pon boleh bdsm dengan bidadari sambil diperhatikan bidadari lain.

@oyo_miow tersenyum sinis

(Dalam keyakinan biar ada kekhuatiran- takut masuk neraka, wa na'uzubillahi min zalik)
Quote Supersirap 15-5-2023 10:44 AM
Tiada benda lain lagi ke untuk dibincangkan
Quote Supersirap 15-5-2023 10:44 AM
Tiada benda lain lagi ke untuk dibincangkan
Quote kotakbaju 15-5-2023 10:51 AM
Ooo dah tu kalau suami taknak layan isteri  nak kira macam mana pulak
Quote Buritan 15-5-2023 10:53 AM
krustykrab replied at 15-5-2023 10:34 AM
Kat dunia.pun lelaki untung..kat syurga pun depa untung
Pompuan mana² pun rugi..atas kertas  ...

Yeppp.. pompuan mmg sentiasa rugi.. bosan JD pompuan
Quote syamzana 15-5-2023 10:53 AM
banyaknya follower dia. yg berbayar pun gigih jugak join
ternyata isu seks ni mmg feveret ummah, halal haram tolak tepi. penaung bertudung labuh pun sakannya laahaii
Quote Samerosie 15-5-2023 10:56 AM
Euuu terbayang mula laki dia dgn jubah dgn janggut ala2 sunnah.
Quote BoongaKertas 15-5-2023 11:10 AM
teringat kes yg laki giler minta wife dia layan masa org tu tgh berpantang. mental dan aneh jantan2 meleis zmn skrg. nauzubillah. seram yachh!
Quote krustykrab 15-5-2023 11:10 AM
kotakbaju replied at 15-5-2023 10:51 AM
Ooo dah tu kalau suami taknak layan isteri  nak kira macam mana pulak

Potong cik nek
Quote _blackbird 15-5-2023 11:11 AM
krustykrab replied at 15-5-2023 02:34 AM
Kat dunia.pun lelaki untung..kat syurga pun depa untung
Pompuan mana² pun rugi..atas kertas  ...

oyo miow tak bgtau lak kat syurga ada bidadara utk di bdsm atau tak. tapi dia ckp perempuan bakal dpt lamborghini urus sorg 1

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.081740 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top