Selepas dua bulan bercerai, pelakon dan juga model Alicia Amin menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama bintang muda, Amir Ahnaf dan menganggap khabar angin tersebut sebagai tidak berasas.
Ujar Alicia, dia tidak pernah berjumpa dengan pelakon Projek High Council itu dalam mana-mana majlis, apatah lagi mengenalinya secara rapat seperti yang didakwa segelintir pihak. “Saya tak pernah berbual dengan Amir kerana kami langsung tak kenal malah tidak pernah berjumpa dengan dia. “Setakat ini saya cuma pernah bertemu dengan kawan-kawan Amir iaitu Mierul Aiman dan Nadhir Nassar. Jadi gosip itu tak benar sama sekali,” katanya kepada Kosmo! Online. Ujar pemilik nama lengkap Raja Alicia Raja Amin itu lagi, buat masa ini, dia lebih selesa memberikan tumpuan terhadap kerjaya berbanding soal hati (cinta). Kata Alicia, perjalanan kerjayanya masih Panjang, malah dia mempunyai impian untuk mengembangkan kerjaya seninya sehingga ke luar negara.
“Kerjaya peragaan sudah membawa saya ke negara lain. Jadi dalam lakonan pun saya ingin meneroka dan melebarkan langkah lebih jauh,” jelasnya. Alicia yang ditemui Ketika siding media Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) di stesen KTM Kuala Lumpur, baru-baru ini turut melahirkan rasa gembira apabila diumumkan antara 20 calon awal kategori Aktres Filem Wanita Popular dan Couple Filem Popular menerusi filem The Disappearance Of Irdina Adhwa gandingan bersama Syazuwan Hassan. Mengenai pencalonannya pula, Alicia mengakui masih baharu dalam industri seni berbanding calon lain yang dilihat mempunyai kedudukan kukuh selain aktif dalam media sosial.
|
likilu replied at 14-5-2023 01:48 PM
Takkan la dia ni nak bercinta dengan golongan asnaf agak agak la
winky1 replied at 14-5-2023 03:00 PM
Dan janganlah bercinta pun...sbb budak tu pun mcm melancholic je. ..daku rasa lah ...mungkin tidak . ...
anilanil replied at 14-5-2023 02:45 PM
Encik Amir Ahnaf pon taktau baru dpt awek bertatoo
anilanil replied at 14-5-2023 03:29 PM
Melancholic, casual drinker, dog lover, muslim liberal. Dia pon alicia asnaf gak. Tak cukup dana n ...
sharlenetexas replied at 14-5-2023 05:30 PM
Sheols perlu teman gi clubbing mabuk2.
At least rasa selamat.
anilanil replied at 14-5-2023 08:02 PM
Bole le ajak encik ikan keli & girlfriend nya ame asnaf...
sharlenetexas replied at 14-5-2023 08:03 PM
Tapi keli ada kalanya mabuk2 jua.
ADVERTISEMENT