CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3608|Reply: 28

Alicia Amin Nafi Bercinta Dengan Amir Ahnaf

[Copy link]
Post time 14-5-2023 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Selepas dua bulan bercerai, pelakon dan juga model Alicia Amin menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama bintang muda, Amir Ahnaf dan menganggap khabar angin tersebut sebagai tidak berasas.


Ujar Alicia, dia tidak pernah berjumpa dengan pelakon Projek High Council itu dalam mana-mana majlis, apatah lagi mengenalinya secara rapat seperti yang didakwa segelintir pihak.






“Saya tak pernah berbual dengan Amir kerana kami langsung tak kenal malah tidak pernah berjumpa dengan dia.


“Setakat ini saya cuma pernah bertemu dengan kawan-kawan Amir iaitu Mierul Aiman dan Nadhir Nassar.


Jadi gosip itu tak benar sama sekali,” katanya kepada Kosmo! Online.


Ujar pemilik nama lengkap Raja Alicia Raja Amin itu lagi, buat masa ini, dia lebih selesa memberikan tumpuan terhadap kerjaya berbanding soal hati (cinta).


Kata Alicia, perjalanan kerjayanya masih Panjang, malah dia mempunyai impian untuk mengembangkan kerjaya seninya sehingga ke luar negara.


“Kerjaya peragaan sudah membawa saya ke negara lain. Jadi dalam lakonan pun saya ingin meneroka dan melebarkan langkah lebih jauh,” jelasnya.


Alicia yang ditemui Ketika siding media Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) di stesen KTM Kuala Lumpur, baru-baru ini turut melahirkan rasa gembira apabila diumumkan antara 20 calon awal kategori Aktres Filem Wanita Popular dan Couple Filem Popular menerusi filem The Disappearance Of Irdina Adhwa gandingan bersama Syazuwan Hassan.


Mengenai pencalonannya pula, Alicia mengakui masih baharu dalam industri seni berbanding calon lain yang dilihat mempunyai kedudukan kukuh selain aktif dalam media sosial.


  



“Sejujurnya saya rasa masih tidak popular dan jarang memuat naik hantaran dalam laman sosial kecuali hal berkaitan kerja.


“Sekiranya ada masa pun, mungkin saya tidak akan dapat raih undi yang banyak seperti artis lain disebabkan kurang berkempen secara maya. Apa pun terima kasih atas pencalonan ini,” katanya.


Untuk rekod, Alicia mendirikan rumah tangga dengan Dr. Farzan Iqbal pada Februari 2022, namun mengesahkan sudah bercerai talak satu sekitar Mac lalu.


Menurutnya, keputusan tersebut diambil secara bersama dengan melakukan perbincangan sekaligus memutuskan untuk menjadi kawan sahaja.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2023 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan la dia ni nak bercinta dengan golongan asnaf agak agak la
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully bertaut kembali dengan yg dr Sabah tuu. Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts


Encik Amir Ahnaf pon taktau baru dpt awek bertatoo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 14-5-2023 01:48 PM
Takkan la dia ni nak bercinta dengan golongan asnaf agak agak la

Mungkin.. Cinta itu buta.

Seperti Jah Bungkus dan pasangannya. Dr budak yg sekadar di jemput dtg rumah beri ceramah... Sekarang dah ada nama sebagai penceramah agama terpaling.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan janganlah bercinta pun...sbb budak tu pun mcm melancholic je. ..daku rasa lah ...mungkin tidak .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
winky1 replied at 14-5-2023 03:00 PM
Dan janganlah bercinta pun...sbb budak tu pun mcm melancholic je. ..daku rasa lah ...mungkin tidak . ...

Melancholic, casual drinker, dog lover, muslim liberal. Dia pon alicia asnaf gak. Tak cukup dana nak beli kain buat baju...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 14-5-2023 02:45 PM
Encik Amir Ahnaf pon taktau baru dpt awek bertatoo

mase mula2 kluar berita si alicia ni cerai, ade org tweet kate die ni pernah date dgn bdk high council, org dok speculate la die dgn si kahar tu, tapi rupenye dgn si nadhir... reporter tak bertauliah gitu le, main rembat je story tak tau hujung pangkal... kesian member kene tuduh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
motip btol aku ambik tau psl bebudak high council bbnu ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Amir tu bdk lg. Dah cm pedo aku rasa kalau menjadi dua org ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 14-5-2023 09:19 AM

Lawa betul badan model si Alicia ni.

Though aiols prefer Shikin Gomez.

Dari segi pilihan pasangan hidup pun, semenggah sangat suami si Shikin tu nyah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
aiyo iols tak rasa sheols rajin nak bercintan cintun dengan sesiapapuj. Baru menjanda kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bebudak high council ni dh mcm panggilan utk bdk u mana2. Cth.. bdk uitm, um, upsi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 14-5-2023 03:29 PM
Melancholic, casual drinker, dog lover, muslim liberal. Dia pon alicia asnaf gak. Tak cukup dana n ...

Sheols perlu teman gi clubbing mabuk2.
At least rasa selamat.



Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 05:33 PM | Show all posts
wahhh mesti seronok sakan amir dapat makan rendang kangkang...
boleh la heols tolong kacaukan sekali siap pakai shortpants...





Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 07:00 PM | Show all posts
ooo dah cerai dgn husband dia.. takziahh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 14-5-2023 05:30 PM
Sheols perlu teman gi clubbing mabuk2.
At least rasa selamat.

Bole le ajak encik ikan keli & girlfriend nya ame asnaf...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 14-5-2023 08:02 PM
Bole le ajak encik ikan keli & girlfriend nya ame asnaf...


Tapi keli ada kalanya mabuk2 jua.


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 14-5-2023 08:03 PM
Tapi keli ada kalanya mabuk2 jua.

Ok la, bawak skali kawan keli si muka ramos tu.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Haah la. He nampak mcm ikan keli. Lagi2 time rambut heols panjang tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.058838 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list