Pelakon popular, Azrel Ismail, 38, merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya tahun depan. Azrel berkata, mereka sudah menjalinkan hubungan percintaan hampir setahun yang lalu.
"Dia hanya wanita biasa dan bukan kalangan artis serta berusia awal 20-an, tidak bertudung dan berasal dari Kuala Lumpur. Pada usia sekarang, saya memang sudah bersedia untuk berkahwin. "Kami juga sudah berbincang untuk membawa hubungan percintaan yang terjalin ke fasa perkahwinan. Insya-Allah, jika tiada aral pada tahun depan," katanya kepada Harian Metro. Azrel berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Multimedia dan pelancaran treler filem War On Terror KL Anarki yang berlangsung di sebuah hotel di sini, malam tadi. Bagaimanapun, kata pelakon yang dikenali menerusi drama Isteri Dalam Sangkar dan Menantu Ting Tong ini, dia belum bersedia mendedahkan wajah dan identiti bakal isterinya itu.
"Saya mohon maaf kerana tidak dapat bercerita lanjut mengenai teman istimewa itu kerana bimbang jika yang dirancang tidak menjadi. "Bila sudah ada tarikh untuk majlis perkahwinan nanti, saya tidak akan merahsiakannya dari pihak media dan peminat," katanya.
|
"Dia hanya wanita biasa dan bukan kalangan artis serta berusia awal 20-an, tidak bertudung dan berasal dari Kuala Lumpur. Pada usia sekarang, saya memang sudah bersedia untuk berkahwin.
ADVERTISEMENT