CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1090|Reply: 8

Azrel Ismail Nak Kahwin Tahun Depan

[Copy link]
Post time 14-5-2023 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon popular, Azrel Ismail, 38, merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya tahun depan.


Azrel berkata, mereka sudah menjalinkan hubungan percintaan hampir setahun yang lalu.






"Dia hanya wanita biasa dan bukan kalangan artis serta berusia awal 20-an, tidak bertudung dan berasal dari Kuala Lumpur. Pada usia sekarang, saya memang sudah bersedia untuk berkahwin.


"Kami juga sudah berbincang untuk membawa hubungan percintaan yang terjalin ke fasa perkahwinan. Insya-Allah, jika tiada aral pada tahun depan," katanya kepada Harian Metro.


Azrel berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Multimedia dan pelancaran treler filem War On Terror KL Anarki yang berlangsung di sebuah hotel di sini, malam tadi.


Bagaimanapun, kata pelakon yang dikenali menerusi drama Isteri Dalam Sangkar dan Menantu Ting Tong ini, dia belum bersedia mendedahkan wajah dan identiti bakal isterinya itu.


"Saya mohon maaf kerana tidak dapat bercerita lanjut mengenai teman istimewa itu kerana bimbang jika yang dirancang tidak menjadi.


"Bila sudah ada tarikh untuk majlis perkahwinan nanti, saya tidak akan merahsiakannya dari pihak media dan peminat," katanya.


  



Ditanya sama ada dia serik bercinta dengan rakan artis, Azrel mengakui perkara itu.


"Berdasarkan pengalaman masa lalu, hubungan dengan rakan artis ini tidak berjalan lancar seperti diharapkan untuk ke fasa lebih serius," katanya.


Sebelum ini, Azrel sering dikaitkan dengan artis wanita dan cinta lokasi sebelum ini.


Antara artis yang pernah dikaitkan bercinta dengannya ialah Ruhainies dan Sharifah Husna.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2023 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hang org tepeng kaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 01:30 PM | Show all posts
"Dia hanya wanita biasa dan bukan kalangan artis serta berusia awal 20-an, tidak bertudung dan berasal dari Kuala Lumpur. Pada usia sekarang, saya memang sudah bersedia untuk berkahwin.


Kene eh mention?
Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 01:31 PM | Show all posts
ok lah tu... dah level antertu dah pun elok la ko kahwin cepat2...
dah basi dah orang kata... walaupun laki tak boleh menopos...

lagipun kaka dah tak larat nak nengok muka ko kat tv nyah... penuh dengan sabut nyoq... tak penat ke heroin2 semua tahan nafas dari terbau sabut2 nyoq pelakon laki yang penuh sabut nyoq kat muka ni... kalau kahwin lagi lah haru nak kena kopek mengopek sabut nyoq tu dulu untuk cari mulut nak comolot... choiii baik aku pergi basuh beras masak nasi... kurang2 boleh makan dengan lauk...

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tahu sapo kawin dulu, johan sehari atau ko dik  acik siap2 kerepek pisang sambil tunggu retis2 lain nikah dulu

Baidewei, sapo yg ko pilih,bertudung atau tudak, gemuk atau kurus, terserah lah..nak pilih yg berbungkus atau yg terdedah pasal cuaca panas nue, netizebs tetap komen atau cerca
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mcm bimbo2 sikit kan. Jenis tersengih2.. pastu bila jwb soalan wartawan mesti jwpn tak cerdik sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku dia ni blh tahan hensem.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Heshe sesiap bgtau. Bakal bini x btudung ya. Jabatan netijen Malaysia jgn sebok menegur ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2023 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Beza umur dgn bakal isteri dia dlm 18 tahun ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.044036 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list