Washington: Finland muncul sebagai negara paling bahagia di dunia dalam tempoh enam tahun berturut-turut. Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Lestari, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan Laporan Kebahagiaan Dunia tahunan mereka, baru-baru.
Laporan itu mengambil kira enam faktor utama untuk meletakkan kedudukan lebih daripada 150 negara berdasarkan penilaian purata aspek kehidupan mereka, antara 2020 hingga 2022. Ia dinilai berdasarkan faktor sokongan sosial, pendapatan, kesihatan, kebebasan, kemurahan hati serta ketiadaan rasuah. Laporan itu turut mengkaji jurang kebahagiaan antara kelas atas dan kelas bawah penduduk di setiap negara. Kedudukan tahun ini adalah sama seperti tahun sebelum dengan negara di rantau Nordik menduduki tiga tempat teratas iaitu selain Finland, dan diikuti Denmak dan Iceland, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Menurut ahli falsafah dan penyelidik psikologi Finland, Frank Martela, antara punca orang di Finland sangat gembira adalah kerana tidak membandingkan diri mereka dengan jiran mereka, tidak mengabaikan manfaat alam semula jadi dan tidak mengingkari kepercayaan masyarakat. "Fokus lebih pada perkara yang menggembirakan anda dan kurangkan pada untuk fokus untuk dilihat berjaya. "Langkah pertama untuk kebahagiaan sejati ialah menetapkan piawaian anda sendiri, bukannya membandingkan diri anda dengan orang lain," katanya kepada CNBC Make It. Sementara itu, kedudukan tinggi Denmark sebahagiannya disebabkan tahap kesaksamaan dalam negara dan rasa tanggungjawab negara untuk kebajikan sosial, menurut laman web rasmi negara itu. Orang yang tinggal di Denmark memang membayar antara jumlah cukai tertinggi di dunia sehingga separuh daripada pendapatan mereka. Namun, aspek itu diimbangi dengan kebanyakan penjagaan kesihatan di negara ini adalah percuma, pelajar universiti tidak membayar tuisyen dan menerima geran untuk membantu menampung perbelanjaan sementara mereka belajar. Malah, penjagaan anak diberi subsidi manakala warga emas menerima pencen dan dibekalkan dengan pembantu penjagaan. Iceland pula, mungkin negara yang paling kurang penduduknya di Eropah, tetapi penduduknya adalah antara yang paling gembira di dunia kerana sikap negara itu tidak bergantung kepada orang lain dan penduduknya mempunyai semangat kemasyarakatan kuat. Sementara itu, Amerika Syarikat tidak termasuk dalam kelompok 10 teratas namun menduduki tangga ke-15. Berikut senarai penuh 10 negara paling bahagia tahun ini: 1. Finland 2. Denmark 3. Iceland 4. Israel 5. Belanda 6. Sweden 7. Norway 8. Switzerland 9. Luxembourg 10. New Zealand Sumber: BH Online
|
hyie replied at 14-5-2023 01:22 PM
depa negara2 sejuk, haruslah bahagia. Maybe mempengaruhi emosi juga untuk kekal berbuat baik etc. Pa ...
ladybugz replied at 14-5-2023 04:10 AM
haik pelik benar israel pun masuk list? bahagia beno agaknya duk bom org sana sini n duk kat tanah h ...
jas7512 replied at 14-5-2023 02:03 PM
So pedaa ke penyebab derita..klu mcm tu..i x nak mkm pedas lg
Menurut ahli falsafah dan penyelidik psikologi Finland, Frank Martela, antara punca orang di Finland sangat gembira adalah kerana tidak membandingkan diri mereka dengan jiran mereka, tidak mengabaikan manfaat alam semula jadi dan tidak mengingkari kepercayaan masyarakat.
Orenn1 replied at 14-5-2023 02:09 PM
Bahagia lah jugak klu dah boleh ajar/bangkang bos sendiri, klu kat msia dah kena dendamm dgn boss
ADVERTISEMENT