CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2431|Reply: 78

Finland Negara Paling Bahagia

[Copy link]
Post time 14-5-2023 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Washington: Finland muncul sebagai negara paling bahagia di dunia dalam tempoh enam tahun berturut-turut.


Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Lestari, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan Laporan Kebahagiaan Dunia tahunan mereka, baru-baru.


Laporan itu mengambil kira enam faktor utama untuk meletakkan kedudukan lebih daripada 150 negara berdasarkan penilaian purata aspek kehidupan mereka, antara 2020 hingga 2022.






Ia dinilai berdasarkan faktor sokongan sosial, pendapatan, kesihatan, kebebasan, kemurahan hati serta ketiadaan rasuah.


Laporan itu turut mengkaji jurang kebahagiaan antara kelas atas dan kelas bawah penduduk di setiap negara.


Kedudukan tahun ini adalah sama seperti tahun sebelum dengan negara di rantau Nordik menduduki tiga tempat teratas iaitu selain Finland, dan diikuti Denmak dan Iceland, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.


Menurut ahli falsafah dan penyelidik psikologi Finland, Frank Martela, antara punca orang di Finland sangat gembira adalah kerana tidak membandingkan diri mereka dengan jiran mereka, tidak mengabaikan manfaat alam semula jadi dan tidak mengingkari kepercayaan masyarakat.


"Fokus lebih pada perkara yang menggembirakan anda dan kurangkan pada untuk fokus untuk dilihat berjaya.


"Langkah pertama untuk kebahagiaan sejati ialah menetapkan piawaian anda sendiri, bukannya membandingkan diri anda dengan orang lain," katanya kepada CNBC Make It.


Sementara itu, kedudukan tinggi Denmark sebahagiannya disebabkan tahap kesaksamaan dalam negara dan rasa tanggungjawab negara untuk kebajikan sosial, menurut laman web rasmi negara itu.


Orang yang tinggal di Denmark memang membayar antara jumlah cukai tertinggi di dunia sehingga separuh daripada pendapatan mereka.


Namun, aspek itu diimbangi dengan kebanyakan penjagaan kesihatan di negara ini adalah percuma, pelajar universiti tidak membayar tuisyen dan menerima geran untuk membantu menampung perbelanjaan sementara mereka belajar.


Malah, penjagaan anak diberi subsidi manakala warga emas menerima pencen dan dibekalkan dengan pembantu penjagaan.


Iceland pula, mungkin negara yang paling kurang penduduknya di Eropah, tetapi penduduknya adalah antara yang paling gembira di dunia kerana sikap negara itu tidak bergantung kepada orang lain dan penduduknya mempunyai semangat kemasyarakatan kuat.


Sementara itu, Amerika Syarikat tidak termasuk dalam kelompok 10 teratas namun menduduki tangga ke-15.


Berikut senarai penuh 10 negara paling bahagia tahun ini:


1. Finland


2. Denmark


3. Iceland


4. Israel


5. Belanda


6. Sweden


7. Norway


8. Switzerland


9. Luxembourg


10. New Zealand




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
haik pelik benar israel pun masuk list? bahagia beno agaknya duk bom org sana sini n duk kat tanah haram.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 12:10 PM | Show all posts
israel harus bahagia.. dapat bunuh orang palestine tanpa ada tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Unbelievable israel top 5. Gembira sbb kejam pun no hal.

Ada tgk satu program korea ke denmark. Nmpak mmg org2 denmark bergaul dgn baik. Muslim pun ramai. Yg menarik, cuaca sekejap panas, sekejap hujan, tapi berangin je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 01:22 PM | Show all posts
depa negara2 sejuk, haruslah bahagia. Maybe mempengaruhi emosi juga untuk kekal berbuat baik etc. Pastu tak makan pedas2 kot?

semuanya, kecuali Israel.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 14-5-2023 01:22 PM
depa negara2 sejuk, haruslah bahagia. Maybe mempengaruhi emosi juga untuk kekal berbuat baik etc. Pa ...

So pedaa ke penyebab derita..klu mcm tu..i x nak mkm pedas lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
baca komen...nampak nau 'PENDERITAAN' rakyat MALAYSIA.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa rahsia Finland?

1. Negara etis.
2. Negara pro LGBT.

Lagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2023 02:09 PM | Show all posts
Bahagia lah jugak klu dah boleh ajar/bangkang bos sendiri, klu kat msia dah kena dendamm dgn boss
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 14-5-2023 06:13 AM
ladybugz replied at 14-5-2023 04:10 AM
haik pelik benar israel pun masuk list? bahagia beno agaknya duk bom org sana sini n duk kat tanah h ...

Sah2 la bahagia kalau hidup pun begini uols.


Banding dengan Malaysia yang katanya aman damai, macam langit dan bumi ja kualiti hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 03:10 PM | Show all posts
jas7512 replied at 14-5-2023 02:03 PM
So pedaa ke penyebab derita..klu mcm tu..i x nak mkm pedas lg

maksudnya, pedas tu boleh sebabkan panas badan ke apa gitula kot sis. Motif malas berfikir? choyyyyy...lagipun tu andaian je, sis pegi google scholar pastu search journal berkaitan yach jangan jadi pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 03:15 PM | Show all posts
Kenapa hairan dengan ukuran kebahagian israel.

Yang dikaji ialah bagaimaan kehidupan masyarakat secara umum, bukan tindakan kerajaannya kepada negara/pihak lain, bukan bahagian masyarakat yang terlibat dengan perang..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 03:24 PM | Show all posts

Menurut ahli falsafah dan penyelidik psikologi Finland, Frank Martela, antara punca orang di Finland sangat gembira adalah kerana tidak membandingkan diri mereka dengan jiran mereka, tidak mengabaikan manfaat alam semula jadi dan tidak mengingkari kepercayaan masyarakat.


cuba baca bahagian warna biru, itulah penyebabnya malaysian mempunyai hati yang gundah gulana tak tenteram sentiasa rasa tak cukup...

perkara lain mungkin boleh diajar tetapi masyarakat kita dah dijangkiti penyakit tamak sehingga agensi-agensi kerajaan digunakan untuk kepentingan peribadi atau golongan tertentu... tak ada control diri dan control organisasi yang cukup untuk tidak terlibat dengan rasuah, money laundering, kroni etc..

katanya ada berita yang kita dah kehilangan duit akibat rasuah sehingga mencapai trillion.. .. setakat ini, selamat tinggallah status top ten orang yang paling bahagia atas muka bumi


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
org heartless cam israel pn masuk? agaknya sebab takde perasaan sampai xtahu nk bace gembira ke tak.. error kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Populasi denmark juga x ramai
Bila rakyat tak ramai, less carbon, less pollution
Ni kat msia dan negara berkerak lain, sume suke beranak mcm tikussss dgn alasan kene ramaikan ummah bagai ...... gigih tambah populasi walau income ciput je..pastu high pollution and byk hutan kene tebang utk tampung  populasi manusia yg byk
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tunggu plk senarai lg satu...negara yg pemimpin , keluarga dan kroni nya paling kaya dgn songlap trillion khasanah negara...pasti nama Malaysia tersenarai dlm  top ten.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu semua negara2 cuaca sejuk nyaman. Mood pun automatically cool jer. Boleh jalan kaki or naik basikal jer pi kerja. Malaysia panas bahang. Semua nak kena ada kereta and public transport....makin bertambah lah asap kotor. Traffic jam memanjang ...rakyat pun asik angin jer ...mana nak bahagianye.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya negara2 Scandinavian la kan yg bahagia ni
Sweden, Denmark, Norway tu pastu betul negara2 ni suhunya nyaman je sepanjang tahun?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 14-5-2023 02:09 PM
Bahagia lah jugak klu dah boleh ajar/bangkang bos sendiri, klu kat msia dah kena dendamm dgn boss

Betul ke suhu kat negara uols duduk tu nyaman sepanjang tahun? Suhu mcm aircond kat umah je takde panas terik mahupun sejuk melampau? Benarkah? Mcm best je kalau gitu
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 14-5-2023 08:11 PM
Biasanya negara2 Scandinavian la kan yg bahagia ni
Sweden, Denmark, Norway tu pastu betul negara2 n ...

Nope, sometimes they have long and harsh winter...winter org terpaksa lebih byk stay indoor jer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.059308 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list