Penyanyi wanita memperjuangkan genre rap serta hip hop, Bunga, 23, terus membuktikan keutuhan namanya apabila menembusi calon awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 menerusi empat kategori.
Ia secara tidak langsung mencipta satu pencapaian baharu buat Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari Jailani. Bunga berkata, dia berbangga atas pencapaian disenaraikan dalam senarai calon awal, namun tidak menyimpan harapan tinggi untuk berjaya ke Top 5, seterusnya menang. "Jujurnya, saya tak sangka sebab ramai nama hebat yang dicalonkan. Jadi, saya bersyukur dan terharu atas pencalonan ini. "Disebabkan itu, kalau tanya saya soal menang atau tidak, itu belakang kira. "Dapat dicalonkan pun cukup bersyukur. Jadi, saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi, lebih lagi, ramai penyanyi hebat yang turut bersaing. "Bukan tidak yakin dengan diri sendiri, tetapi saya tahu susah untuk bolos kelompok Top, seterusnya menang.
"Saya tahu kemampuan saya tahap mana, jadi saya berdoa sahajalah," katanya kepada BH Online. Bagaimanapun, Bunga berkata, dengan pencalonan itu secara tak langsung memberikannya semangat untuk terus berkarya dan menghasilkan muzik.
|
Antifake replied at 13-5-2023 02:57 PM
Dah tak releven kalau masukkan penyanyi suara so-so macam ni. Last year ni lah yang lagu intan payoo ...
Antifake replied at 13-5-2023 02:57 PM
Dah tak releven kalau masukkan penyanyi suara so-so macam ni. Last year ni lah yang lagu intan payoo ...
n3ar replied at 13-5-2023 10:56 PM
Nampaknya bukan aku je rasa minah ni tak boleh menyanyi.. Ramai juga rupanya.. Ha3.. Stok2 kak nab g ...
ADVERTISEMENT