"Bila saya dapat tahu saya dicalonkan, saya lebih bersemangat mahu buat lagu.
"Saya mahu melakukannya bukan untuk diri sendiri, tetapi peminat.
"Bukan sahaja bersemangat, tetapi saya merasakan saya layak untuk menghasilkan muzik yang lebih besar dari apa yang pernah dilakukan sebelum ini.
"Terima kasih atas sokongan dan dorongan peminat," katanya yang akan tampil dengan dua album tahun ini dan tahun hadapan.
Untuk ABPBH 35, Bunga dicalonkan menerusi kategori BBNU Wanita Popular, Penyanyi Wanita Popular dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Siti Nordiana menerusi lagu Amaran serta Lagu Paling Boom, duet bersama Noraniza Idris menerusi lagu Intan Payung.
Bunga mewarisi bakat nyanyian daripada ibunya, Siti Rohani, 67, yang banyak menyertai pertandingan nyanyian ketika zaman muda.
Sebelum ini, gadis kelahiran Slim River, Perak pernah tular selepas video menyanyi rap sambil mengenakan persalinan baju kurung muncul dalam artikel The New York Times, manakala Bloomberg pula memainkan video nyanyiannya.
Nama Bunga juga diperkatakan apabila lagu Intan Payung duet bersama Ratu Pop Tradisional berjaya membolosi Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL 36).
Magis malam kemuncak ABPBH 35 akan disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan Strim Live HD di Tonton, termasuk YouTube TV3 dan BH dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 21 Julai depan.
Sumber: BH Online