CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya Cabar Anwar, Kalau Dia Jumpa RM1 Bilion Tu Saya Akan Bagi Dia Separuh - Tun M

12-5-2023 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 862| Komen: 9

Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar mantan Perdana Menteri sebanyak dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuktikan dakwaan beliau memiliki sejumlah wang seperti yang didakwa Perdana Menteri ke-10 itu.


Bahkan, Tun Mahathir secara berseloroh berkata, sekiranya Anwar mampu berbuat demikian, separuh daripada wang berkenaan akan diberikan kepada Ahli Parlimen Tambun itu.


FB

"(Atas) sebab (tuduhan) itu, saya cabar Anwar, kalau (dia dapat) jumpa RM1 bilion (yang dikatakan) duit (yang ada kepada) saya, saya (akan) bagi dia separuh (daripada amaun itu).

"(Berkaitan) bekas pemimpin (yang didakwa kaut keuntungan), dia cabar buat apa, dulu dia 'ex-Malay leader' juga, (saya rasa) dia patut isytihar dia punya harta dahulu... bagi contoh dan dia bagi (cabaran itu) kepada semua orang.

"(Paling utama ketika ini) beliau tidak payah suruh orang lain, jawab (dan buktikan dahulu) tuduhan kononnya saya ada berbilion (ringgit), (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) ada berbilion, ada jet dan sebagainya, tunjuk (kepada umum)," kata Dr Mahathir membidas Anwar.


Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Kampung Naga, di sini malam Khamis.

Pada 6 Mei lalu, Anwar mencabar bekas pemimpin dan pembesar yang mendapat keuntungan ketika era pemerintahan mereka untuk berkongsi kekayaan dengan orang Melayu yang lain.

Jelas Anwar, ini kerana pemimpin-pemimpin berkenaan dilihat hanya mengaut keuntungan untuk diri sendiri dan keluarga ketika pentadbiran masing-masing.

Namun, apabila mereka tidak lagi berkuasa, isu membabitkan penyatuan serta kekuatan orang Melayu baru dibangkitkan dan diperjuangkan individu berkenaan. 


Sumber: Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 12-5-2023 12:14 PM
makin menarik...
Quote plywood 12-5-2023 12:37 PM
bagus juga harta curian dibahagikan didepan rakyat...

dari statement ni kita tahu setakat ini masing-masing masih berdiri teguh tak ada yang mahu berundur..

dah jadi kes mahkamah belum ni? .. kalau dah jadi tak ada makna nak buat statement semua ni..

Quote noor2 12-5-2023 12:46 PM
Yela sgt Tun nk bahagi..
Tabung Harapan tu dulu pun mintak duit rakyat derma kan
Quote Orix 12-5-2023 12:51 PM
noor2 replied at 12-5-2023 12:46 PM
Yela sgt Tun nk bahagi..
Tabung Harapan tu dulu pun mintak duit rakyat derma kan

tabung harapan tu idea atok ke ? knowing atok dia bukan jenis suka memberi membabi buta n apatah lg meminta derma....
Quote noor2 12-5-2023 01:01 PM
Orix replied at 12-5-2023 12:51 PM
tabung harapan tu idea atok ke ? knowing atok dia bukan jenis suka memberi membabi buta n apatah l ...

Tabung Harapan Malaysia' untuk rakyat bantu pulih kewangan negara - PM

Mei 30, 2018 15:44 MYT

'Tabung Harapan Malaysia' untuk rakyat bantu pulih kewangan negara - PM
Kerajaan akan menubuhkan satu Tabung Harapan Malaysia untuk menerima dana daripada rakyat yang ingin membantu kedudukan kewangan kerajaan.
Kerajaan akan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima dana daripada rakyat yang ingin membantu kedudukan kewangan kerajaan.

Perkara itu diumumkan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu sidang media khas yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, sebentar tadi.
Menurut Dr Mahathir, inisiatif itu adalah susulan inisiatif patriotik rakyat yang ingin membantu menyelesaikan hutang negara.

“Terdapat ramai rakyat yang apabila diketahui kedudukan kewangan negara sudah menjadi begitu buruk, mereka sanggup untuk memberi derma kepada kerajaan.
“Kita mengalu-alukan sikap patriotik mereka ini, dan kita mengucapkan terima kasih kepada mereka," kata Dr Mahathir.

Menurutnya, kutipan dana tersebut akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan.
“Bagi menentukan derma-derma ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab, kerajaan akan menentukan semua derma ini diberi kepada Kementerian Kewangan," jelas beliau.

Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini menyebut bahawa sumbangan kepada tabung tersebut boleh disalurkan melalui akaun Maybank 566010626452 atas nama Jabatan Akauntan Negara.
Quote noor2 12-5-2023 01:02 PM
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tabung-harapan-malaysia-untuk-rakyat-bantu-pulih-kewangan-negara-pm-176848
Quote kucingitam 12-5-2023 01:12 PM
mende la..mcm budak2,..
Quote Orix 12-5-2023 01:15 PM
noor2 replied at 12-5-2023 01:01 PM
Tabung Harapan Malaysia' untuk rakyat bantu pulih kewangan negara - PM

Mei 30, 2018 15:44 MYT
inisiatif itu adalah susulan inisiatif patriotik rakyat yang ingin membantu menyelesaikan hutang negara.


bukan idea atok... idea ummah pertiwi... PH open table

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.154299 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top