CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Setahun Bebas, Lelaki Ketagih Mencuri Tabung Masjid Lagi

11-5-2023 10:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 421| Komen: 3

Baru setahun bebas dari penjara, lelaki kembali dicekup selepas disyaki mencuri wang tabung sebuah masjid di daerah Machang.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang yang menyerbu rumahnya di Kampung Tandak, Pangkal Meleret, di sini semalam.




Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata polis turut merampas barang kes, iaitu satu tukul besi dan pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian baru-baru ini.

"Hasil siasatan lanjut mendapati suspek dibebaskan dari penjara pada awal 2022 atas kesalahan yang sama dan disyaki kembali aktif melakukan kes curi wang tabung masjid di sekitar daerah Machang.

"Sebanyak empat laporan polis sudah diterima dan ia dalam tindakan pihak kami," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Adli berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.


"Pada masa sama, suspek juga mempunyai enam rekod berkaitan jenayah dan dadah. Dia kini ditahan reman empat hari bermula semalam sehingga 13 Mei untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kipaskiok 26-1-2024 11:40 PM
hmmmm
Quote Kipaskiok 26-1-2024 11:40 PM
aishhh

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.079836 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top