CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 426|Reply: 2

Baru Setahun Bebas, Lelaki Ketagih Mencuri Tabung Masjid Lagi

[Copy link]
Post time 11-5-2023 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Baru setahun bebas dari penjara, lelaki kembali dicekup selepas disyaki mencuri wang tabung sebuah masjid di daerah Machang.


Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang yang menyerbu rumahnya di Kampung Tandak, Pangkal Meleret, di sini semalam.








Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata polis turut merampas barang kes, iaitu satu tukul besi dan pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian baru-baru ini.


"Hasil siasatan lanjut mendapati suspek dibebaskan dari penjara pada awal 2022 atas kesalahan yang sama dan disyaki kembali aktif melakukan kes curi wang tabung masjid di sekitar daerah Machang.


"Sebanyak empat laporan polis sudah diterima dan ia dalam tindakan pihak kami," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.


Mohd Adli berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.


"ada masa sama, suspek juga mempunyai enam rekod berkaitan jenayah dan dadah. Dia kini ditahan reman empat hari bermula semalam sehingga 13 Mei untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2024 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
aishhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.038219 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list