Pelakon Dini Schatzmann meluahkan rasa kecewa apabila kereta mewah miliknya dilanggar lari oleh pemandu tidak bertanggungjawab. Dini atau Dini Azan Schatzmann, 29, berkata dia sudah sebaik mungkin menjaga kenderaan kesayangannya itu namun bahagian depan calar teruk akibat disagat kereta lain.
"Simpan kenangan di sini. Punyalah susah nak jaga kereta sampai tak nak bagi ada satu pun calar. "Senang-snang sahaja dia langgar lari kereta saya," katanya. Dini berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan keadaan kereta mewahnya bersama kesan calar. Bagaimanapun, Dini enggan meratapi insiden tersebut memandangkan perkara itu sudah pun berlaku. Namun Dini berharap agar orang ramai menjadi pemandu bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak disengajakan dan bukannya melarikan diri. "Hendak menangis pun benda dah jadi. Kepada sesiapa diluar sana terlanggar kereta orang, tolonglah jadi orang bertanggungjawab di atas kesilapan dilakukan.
"Cuba cari jalan penyelesaian secara baik," katanya.
|
ADVERTISEMENT