CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Ditembak Lepas Makan Di Medan Selera

11-5-2023 07:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1619| Komen: 12

Seorang lelaki maut ditembak ketika berjalan ke keretanya selepas menjamu selera di sebuah medan selera di Jalan Bandar 1, Pusat Bandar Puchong, Puchong, tengah malam tadi.

Polis menerima aduan kejadian pada 12.35 tengah malam daripada orang awam mengatakan seorang lelaki dalam keadaan terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di sebelah medan selera terbabit.



Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata pemeriksaan mendapati mangsa adalah lelaki tempatan berusia 31 tahun dan beralamat di Dengkil, Selangor.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai ditembak ketika sedang berjalan kaki menuju ke keretanya sebaik selesai makan di medan selera terbabit.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurut beliau, semakan mendapati mangsa mempunyai 21 rekod jenayah dan pernah menjalani hukuman mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (samun berkumpulan) dan Seksyen 397 kanun sama (samun berkumpulan) bersenjata).

Katanya, semakan juga mendapati mangsa pernah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

"Polis sedang giat menjalankan usaha mengesan suspek yang mendalangi kejadian ini serta menyiasat motif pembunuhan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 11-5-2023 09:10 PM
Ni Mexico ke apa....
Quote Carcosa 11-5-2023 09:45 PM
21 rekod jenayah lampau?
Good riddance.
Quote ally9970 12-5-2023 04:06 PM
Kurang sorang penjenayah...
Quote ifanonline 12-5-2023 04:09 PM
elok sangat mati tu, samseng tembak samseng
Quote supernaturalee 12-5-2023 04:11 PM
puchong dgn seri kembangan ni bnyk btl kes tembak2

Quote Yoonggi 12-5-2023 04:16 PM
mcm tgk crime drama plak. plot dia, kwn tu dah klr jel maybe xmo dah join geng lama. jd kena tembak lah. camtu aku imejin
Quote green~tea 12-5-2023 04:48 PM
Bagus la.. penjenayah tembak penjenayah kasi mampos... senang keje polis..
Quote Kipaskiok 26-1-2024 11:41 PM
skrg kat mana2 pun dh xselamat yaaa
Quote newyork 27-1-2024 01:06 AM
Puchong, Klang mmg tpt gengster
Quote kakigebang 27-1-2024 04:23 AM
SB tembak mati pnjenayah..rekod berderet ...senang x yah masuk court...
Quote CatMiow 27-1-2024 06:35 AM
Tak lama lagi malaysia jadi negara tak selamat untuk pelancong,padan muka.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.039887 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top