View: 1555|Reply: 11
|
Lelaki Mati Ditembak Lepas Makan Di Medan Selera
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki maut ditembak ketika berjalan ke keretanya selepas menjamu selera di sebuah medan selera di Jalan Bandar 1, Pusat Bandar Puchong, Puchong, tengah malam tadi.
Polis menerima aduan kejadian pada 12.35 tengah malam daripada orang awam mengatakan seorang lelaki dalam keadaan terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di sebelah medan selera terbabit.
Gambar hiasan
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata pemeriksaan mendapati mangsa adalah lelaki tempatan berusia 31 tahun dan beralamat di Dengkil, Selangor.
"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai ditembak ketika sedang berjalan kaki menuju ke keretanya sebaik selesai makan di medan selera terbabit.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, semakan mendapati mangsa mempunyai 21 rekod jenayah dan pernah menjalani hukuman mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (samun berkumpulan) dan Seksyen 397 kanun sama (samun berkumpulan) bersenjata).
Katanya, semakan juga mendapati mangsa pernah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
"olis sedang giat menjalankan usaha mengesan suspek yang mendalangi kejadian ini serta menyiasat motif pembunuhan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
21 rekod jenayah lampau?
Good riddance. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurang sorang penjenayah... |
|
|
|
|
|
|
|
elok sangat mati tu, samseng tembak samseng |
|
|
|
|
|
|
|
puchong dgn seri kembangan ni bnyk btl kes tembak2
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm tgk crime drama plak. plot dia, kwn tu dah klr jel maybe xmo dah join geng lama. jd kena tembak lah. camtu aku imejin |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la.. penjenayah tembak penjenayah kasi mampos... senang keje polis.. |
|
|
|
|
|
|
|
skrg kat mana2 pun dh xselamat yaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Puchong, Klang mmg tpt gengster |
|
|
|
|
|
|
|
SB tembak mati pnjenayah..rekod berderet ...senang x yah masuk court... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lama lagi malaysia jadi negara tak selamat untuk pelancong,padan muka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|