CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekumpulan Lelaki Berparang Dan Kerambit Serang 'Pak Guard' Sekolah Di Kota Bharu

11-5-2023 07:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 459| Komen: 3

Sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan kerambit menyerang seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu.

Kejadian 5 petang kelmarin apabila mangsa berusia 47 tahun berada di pos pengawal sebelum didatangi tiga lelaki yang menunggang dua motosikal.



PENGAWAL keselamatan cedera di bahagian rusuk kiri akibat diserang tiga lelaki bersenjataka

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, sebaik turun dari motosikal, semua suspek bertindak menyerang mangsa.

"Mangsa cedera di bahagian rusuk kiri dan masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian dan dalam keadaan stabil.

"Usaha mengesan dan menangkap suspek terbabit giat dijalankan. Siasatan lanjut dijalankan termasuk mengenal pasti motif serangan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 11-5-2023 07:30 PM
Kes ukur buah dada lagi ke ni dek?
Quote Aliaskotonggo 11-5-2023 10:35 PM
sedara sebelah bini aku kerja cikgu di kelantan. Katanya budak2 sekolah kadang2 tak boleh ditegur, nnt bapak depa datang dengan gedebenya cari cikgu kat sekolah.. cikgu takut. Mmg gini ke?  

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.025714 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top