Sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan kerambit menyerang seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu.
Kejadian 5 petang kelmarin apabila mangsa berusia 47 tahun berada di pos pengawal sebelum didatangi tiga lelaki yang menunggang dua motosikal.
PENGAWAL keselamatan cedera di bahagian rusuk kiri akibat diserang tiga lelaki bersenjataka
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, sebaik turun dari motosikal, semua suspek bertindak menyerang mangsa.
"Mangsa cedera di bahagian rusuk kiri dan masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian dan dalam keadaan stabil.
"Usaha mengesan dan menangkap suspek terbabit giat dijalankan. Siasatan lanjut dijalankan termasuk mengenal pasti motif serangan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro |