Kuala Lumpur: Alami masalah cirit-birit dan kekurangan air, Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diberi cuti sakit selama dua hari sehingga semalam dan kini masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pada 9 April lalu, Hakim Mahkamah Rayuan yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas Pakar Perubatan Klinikal HKL Dr Mohd Fadli Zil Ikram Karim, memberikan cuti sakit selama dua hari kepada Najib. Keadaan Najib yang masih dirawat di HKL kerana mengalami masalah sama disahkan Dr Mohd Fadli ketika dipanggil memberikan penjelasan mengenai keadaan bekas perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi. Menurut Dr Mohd Fadli, ketika membuat rutin rondaan klinikal pada 7.20 pagi ini, Najib yang diperiksa olehnya mengadu masalah cirit-birit.
"Kami merumuskan beliau masih mempunyai masalah cirit-birit yang aktif… Selepas membuat pemeriksaan, kami mendapati beliau berisiko tinggi untuk mengalami masalah kekurangan air dan risiko tekanan darah rendah. "Dengan itu, beliau tidak sihat untuk hadir perbicaraan pada hari ini dan selepas berbincang dengan perunding HKL, kami memutuskan memberikan cuti sakit hari ini," katanya. Sequerah kemudian menangguhkan perbicaraan hari ini dan prosiding akan bersambung pada 21 Jun depan dengan pendakwaan memanggil saksi baharu. Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Kitty_catz replied at 11-5-2023 03:24 PM
ni mesti heavy duty punya cirittt, cirit kaler ijau gamak
meols biasa gak ceri beri, tade plak m ...
bakingsoda replied at 11-5-2023 04:00 PM
teruk eh cirit pokjib, boleh masuk #teamcirit ngan abahcow. aku kalau cirit dlm 24 jam dah ok, ubat ...
kucingitam replied at 11-5-2023 04:11 PM
dia makan nasi kandar ke apa ni tercirit2 lama..
stingergrumpy replied at 11-5-2023 04:20 PM
Curlast penjara kayangan served kandar...
Kimarkkk kalau betul...denda 12 juta entah dah start b ...
kucingitam replied at 11-5-2023 04:27 PM
hahaha takpela, dia dah terima pembalasan la tu, tercirit2 hah..satu msia tau najib tercirit..malu ...
mojarean_X replied at 11-5-2023 11:46 PM
Pok jib kt sayap wad bangunan baru atau lama...iols nk g mengintai. Esok iols cuti byk masa terluang
ADVERTISEMENT