Kuala Lumpur: Alami masalah cirit-birit dan kekurangan air, Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diberi cuti sakit selama dua hari sehingga semalam dan kini masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pada 9 April lalu, Hakim Mahkamah Rayuan yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas Pakar Perubatan Klinikal HKL Dr Mohd Fadli Zil Ikram Karim, memberikan cuti sakit selama dua hari kepada Najib.
Keadaan Najib yang masih dirawat di HKL kerana mengalami masalah sama disahkan Dr Mohd Fadli ketika dipanggil memberikan penjelasan mengenai keadaan bekas perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi.
Foto: Harian Metro
Menurut Dr Mohd Fadli, ketika membuat rutin rondaan klinikal pada 7.20 pagi ini, Najib yang diperiksa olehnya mengadu masalah cirit-birit.
"Kami merumuskan beliau masih mempunyai masalah cirit-birit yang aktif… Selepas membuat pemeriksaan, kami mendapati beliau berisiko tinggi untuk mengalami masalah kekurangan air dan risiko tekanan darah rendah.
"Dengan itu, beliau tidak sihat untuk hadir perbicaraan pada hari ini dan selepas berbincang dengan perunding HKL, kami memutuskan memberikan cuti sakit hari ini," katanya.
Sequerah kemudian menangguhkan perbicaraan hari ini dan prosiding akan bersambung pada 21 Jun depan dengan pendakwaan memanggil saksi baharu.
Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama. -CARI
Post time 11-5-2023 03:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kitty_catz replied at 11-5-2023 03:24 PM
ni mesti heavy duty punya cirittt, cirit kaler ijau gamak
meols biasa gak ceri beri, tade plak m ...
Org tua kalau teruk mmg kena masuk hospital
Iols yg muda pun penah gak masuk hospital gara2 keracunan makanan ni.
Ikutkan tanak pun g hospital tp dah tak makan, kepala sakit teruk,muntah2, badan dah lembik tak larat,pastu perut tu pedih mcm kena hiris.
Hari ke 3 pi emergency kena tahan laa lepas masuk air baru sakit kepala hilang dah mula rasa lapar dan mulai ada selera mkn.
Tp masih memerut tak sudah, dekat seminggu gak kena tahan wad.
sabar la jib... red bean army kang susah dpt undi Melayu, deols dah setuju dgn UMNO utk mintak YDPA ampun kasi keluar jail lebih awal ... utk jib bantu depa dpt undi Melayu
Post time 11-5-2023 09:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I kan...kalau najib keluar dr prison pun i tak kisah ...asalkan dia didapati bersalah dan pengikut dia pun dah terima fakta yg dia bersalah. I still ada soft spot kat dia...unlike zahid.