CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Acik Teruja Seungri Big Bang Ajak Bergambar Selepas Terserempak Di Pavilion

10-5-2023 08:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3370| Komen: 40

Seorang peminat teruja dapat bertemu artis pujaannya iaitu bekas anggota kumpulan kpop popular Big Bang, Seungri.

Lebih istimewa, pertemuan di Pavilion Kuala Lumpur itu diabadikan menerusi hantaran di Instagram.


Mana tidaknya, penyanyi tersebut mengajak mereka bergambar selepas ditegur ketika sedang berjalan seorang diri di pusat beli-belah popular itu.


IG

"Kami terjumpa dia (Seungri). Kami mendekatinya dengan hadiah dan beritahu bahawa kami rindukan dia.

"Dia mengajak kami bergambar. Apabila dia mengajak untuk duduk bersama kami menangis," cerita wanita itu menerusi Instagram miliknya.

Seungri dilaporkan berada di Kuala Lumpur atas urusan peribadi.



Semenjak penyanyi itu dibebaskan daripada hukuman penjara tahun lalu, Seungri dilihat memencilkan diri daripada dunia seni.

Berkongsi lanjut mengenai pertemuan dengan Seungri, wanita itu memberitahu anaknya sudah meminati kumpulan Big Bang sejak sembilan tahun lalu.

Sebagai peminat yang menggelarkan diri mereka VIP, anaknya tetap memberi sokongan meskipun penynanyi itu pernah terlibat dengan pelbagai kontroversi sehingga menyebabkan dia menerima hukuman penjara.

"Raya 2023 yang terbaik terutama buat anak saya yang meminati Seungri sejak berusia 13 tahun. Kami gembira dapat bertemu dengannya yang sentiasa positif dan mahu menjadi lebih baik.

"Semoga semuanya terbaik buat Seungri. Seperti yang dia katakan apa yagn berlaku sudah berlalu," jelasnya.



Video wanita berkenaan bertemu Seungri turut tular di Twitter dan ramai peminat Big Bang meluahkan rasa cemburu kerana tidak berpeluang bertemu artis kesayangan mereka itu.

Pada Februari lalu, Seungri dibebaskan selepas 18 bulan menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan termasuk pelacuran haram perjudian, penyebaran video haram dan mengugut.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 10-5-2023 08:20 PM
Retis cancelled pn acik nk sembah sampai nanges.
Sedeyy.
Quote azimodin 10-5-2023 08:50 PM
Bangga. Iouls VIP masa zaman LaLaLa pon dah ditch si nokharom ni... TRUE VIP tak support penjenayah la makcik. Dia ni mukan scapegoat yg innocent ya.. dari awal lagi mmg dah nampak tanda2 yg dia ni problematic to his core gichewww... elok la stan orang2 yg x berlagak suci i.e Jay Park, Sik-k, Dean
Quote codenamedream 10-5-2023 08:50 PM
pelacuran haram perjudian, penyebaran video haram dan mengugut = 18 bulan penjara
Quote Supersirap 10-5-2023 08:51 PM
Kalau saya memang tidak kenal
Quote Carcosa 10-5-2023 09:02 PM
Kalau meols, harus meols berlalu pergi jah.
Sbb haremmm meols tak kenal
Quote soy_beans 10-5-2023 10:24 PM
Ingat kan dalam lokap lg. Dh tlepas bebas rupanya
Quote PULANGKAN 10-5-2023 11:01 PM
gilo apoo

ni antara geng manusia yang terlibat dengan skandal haram kontroversi besar Korea Selatan beberapa tahun dahulu

ramai perempuan jadi mangsa rakus geng diorang ni

Korea Selatan pun dah banned muka diorang, korang still terkinja-kinja lagi

muka tu muka penjenayah tersohor dekkk
Quote OyenLemas 10-5-2023 11:44 PM
mmg xtaw beza retis dgn penjenayah ke acik
Quote MissVixen 10-5-2023 11:52 PM
Gila ke? Bangga bergambar dengan bapak ayam, perogol, penipu, pemeras ugut. Bodoh piang betul la betina2 ni.
Quote DeLuna85 10-5-2023 11:55 PM
Oh begini je muka kpop kegilaan wanita?
Quote awanearisu 11-5-2023 12:30 AM
Pada Februari lalu, Seungri dibebaskan selepas 18 bulan menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan termasuk pelacuran haram perjudian, penyebaran video haram dan mengugut.


Ingatkan jenayah kecil

Kalau manusia begini, tak perlulah nak bangga dik.

Agak-agaknya mak adik ni tahu tak rekod jenayah artis ini? Kalau ikut naluri seorang ibu, sepatutnya lelaki sebeginilah yang wajar dijauhkan dari anak gadis.
Quote awanearisu 11-5-2023 12:32 AM
soy_beans replied at 10-5-2023 10:24 PM
Ingat kan dalam lokap lg. Dh tlepas bebas rupanya

Dan yang menggerunkan, dah sampai Malaysia dah pun.
Urusan peribadi apalah agaknya.
Quote zuuu 11-5-2023 04:22 AM
Punya la gempar fans bila terbongkar kes skandal ni dulu,x sangka dia cuma kena penjara 18 bulan je...xkan la pompuan ni x tahu pasal kes ni kan,xkisah pulak ko sampaikan sanggup bgambar bagai...
Quote soy_beans 11-5-2023 05:28 AM
awanearisu replied at 11-5-2023 12:32 AM
Dan yang menggerunkan, dah sampai Malaysia dah pun.
Urusan peribadi apalah agaknya.

Mati2 igt pelanduk 2 serupa, clickbait berita.

Igt balik chat die tu dulu geli yekk. Acik2 tu tak tau ke dia ni teruks namatey
Quote sambaldurian 11-5-2023 07:09 AM
Klu ikutkan info dulu, dia mmg director business chain ramen restaurant kt bnyk negara. Xtau la klu dia still co-owner ke x.Aku rs dia g tgk restoran tu kot kt pavilion.
Quote Tembikaigoreng 11-5-2023 09:10 AM
Eeeueeee jijik
Quote dekmieDandy 11-5-2023 09:21 AM
kernan pulak dia amek gambar denagn ex-convict ni

mamat tu bapak ayam la sundel
Quote esbok 11-5-2023 09:39 AM
kalau tengok balik mangsa, mungkin takkan gamak pun nak dekat
Quote samperit 11-5-2023 01:37 PM
agaknya dia nak jadikan malaysia my 2nd home kot? Euwww jijik sgt org yg still support manusia mcm dia ni. Tgk lah kesalahan dia kot ye pun minat.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.037821 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top