Video tular seorang ibu mendakwa anaknya dijemur di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang akan disiasat Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) juga sudah digerakkan bagi mendapatkan laporan mengenai kejadian berkenaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid.
"Kita sedia maklum mengenai kejadian yang tular itu dan sudah minta Bahagian Pendidikan Islam JAINJ dan PPID siasat dan siapkan laporan lengkap mengenai kejadian itu. "Siasatan akan dilakukan dengan terperinci," katanya ketika dihubungi hari ini. Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok, seorang ibu mendakwa anaknya berusia tujuh tahun dijemur di bawah terik matahari dipercayai berlaku di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang.
Wanita berkenaan mendakwa anaknya didenda kerana datang lambat ke sekolah dan kejadian itu dipercayai berlaku sekitar 2 petang. Sumber: Harian Metro
|
krustykrab replied at 10-5-2023 07:13 PM
Abis busuk pun..setajah di tukar sekolah
Simunggu replied at 11-5-2023 07:25 AM
alasan - padang mahsyar lagi panas...mcm mana kamu boleh tahan?
ADVERTISEMENT