CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 879|Reply: 9

PPID Dah Digerakkan, JAINJ Pun Akan Siasat Video Ibu Dakwa Anak Dijemur Sebab Lambat Ke Sekolah

[Copy link]
Post time 10-5-2023 06:58 PM | Show all posts |Read mode
Video tular seorang ibu mendakwa anaknya dijemur di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang akan disiasat Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).


Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) juga sudah digerakkan bagi mendapatkan laporan mengenai kejadian berkenaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid.




Gambar hiasan




"Kita sedia maklum mengenai kejadian yang tular itu dan sudah minta Bahagian Pendidikan Islam JAINJ dan PPID siasat dan siapkan laporan lengkap mengenai kejadian itu.


"Siasatan akan dilakukan dengan terperinci," katanya ketika dihubungi hari ini.


Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok, seorang ibu mendakwa anaknya berusia tujuh tahun dijemur di bawah terik matahari dipercayai berlaku di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang.



BACA JUGA: 'Selamba Je Ustazah Jemur Anak Aku Pukul 2 Petang Sebab Lambat Ke Sekolah'




Wanita berkenaan mendakwa anaknya didenda kerana datang lambat ke sekolah dan kejadian itu dipercayai berlaku sekitar 2 petang.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhhhh bodohnyaaaaa jemur budak cuaca panas ni.....nk hukum pun berila hukuman lain...celaka punya cikgu agama
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Siasat betul atau tidak.Jika betul ustazah tu patur dikenkan tindakan.Kalu murid tu kene heat stroke, sekolah nak jawap apa?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis busuk pun..setajah di tukar sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 10-5-2023 07:13 PM
Abis busuk pun..setajah di tukar sekolah

Serius cuaca sekarang panas gila...kena cahaya matahari rasa bahang dan sakit kulit walau ada lapisan baju
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Datang lambat pun kena jemur? Setazah oii.. beragak ler. Anak i pun selalu dtg lambat, kadang2 sampai 2.15 pm baru sampai sekolah. Mana taknya, kalau hari isnin n rabu, pukul 1.20 pm baru keluar sekolah kebangsaan. 1.30pm++ sampai rumah. Mana nak mandi, makan, semayang lagi. Mmg x sempat nak sampai sebelum pukul 2pm tu. Kalau hari selasa n khamis, pukul 12.50pm keluar sekolah, 1pm cmtu sampai rumah. Tu pun kena makan cepat2, baru sempat nak g sekolah pukul 2pm. X logik btl kalau nak jemur budak dtg lambat pukul 2pm. Ustazah pun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2023 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan anaknya. Kecil lagi, baru 7 tahun dah melalui trauma sebegini.

Pengalaman kita sendiri, Tahun 1 lah tahun paling seronok. Cikgu semua baik-baik.
Sepatutnya begitulah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 07:25 AM | Show all posts
alasan - padang mahsyar lagi panas...mcm mana kamu boleh tahan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2023 11:22 AM | Show all posts
kene kat anak aku mmg aku hamun kan aje cikgu tu, time panas2 gini ko jemur budak,,,,yg lambt hantar budk tu mak dia, ko jemur lah mak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 11-5-2023 07:25 AM
alasan - padang mahsyar lagi panas...mcm mana kamu boleh tahan?

Adoiiii..alasan tu jgk la yg dok tanam kt kepala org pompuan yg kata panas bila terpaksa bertudung.
Maybe setazah ni nk terapkn benda yg sama dlm otak budak² tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.098355 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list