CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bapa Bagi Amaran Nak Putuskan Hubungan Kalau Mark Adam Sakiti Isteri

10-5-2023 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1484| Komen: 8

Bapa Mark Adam di Filipina mahu putuskan hubungan dengannya jika dia menyakiti isterinya Norazah Redzuan, atau Ezan, 42.

"Masa saya pergi masjid nikah, kita kan berjanji depan imam dengan Tuhan. Jadi, saya kena pegang janji itu.


Foto: IG

"Satu lagi kerana bapa saya. Saya tak tahu apa yang isteri cakap kerana pertama kali dia ke Filipina, dia pergi seorang. Saya tak boleh keluar (Malaysia) kerana nak dapat status bermastautin tetap.

"Jadi, bila keluarga ajak balik, dia pergi seorang. Masa dia di sana, bapa hubungi saya. Dia cakap, kalau saya sakiti isteri saya, dia suruh lupakan dia sebagai bapa saya," katanya kepada Harian Metro.



Penyanyi lagu Marry Me itu juga menjadikan bapanya sebagai contoh terdekat apabila menyentuh mengenai sebuah perkahwinan yang cukup kukuh.

"Bapa saya pun pilih seorang wanita saja dalam hidupnya iaitu ibu saya. Ini pilihan masing-masing, saya pilih seorang. Apa-apapun terjadi, kita sudah janji untuk bersama, dan kena pegang kuat-kuat. Nak bergaduh, bergusti, atau apa pun terjadi, kami sudah berjanji," katanya.




Mark dan Ezan belum beroleh rezeki cahaya mata sepanjang dua dekad mendirikan rumah tangga. Ezan juga adalah pengurus sepenuh masa kerjaya seni suaminya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 10-5-2023 02:55 PM
ada benda baik wife dia buat tu.. sampai bapa nya ckp mcmtu.. moga sentiasa dikurniakn keharmonian dlm rumah tga dan jodoh hingga ke jannah.. amin yrA
Quote esbok 10-5-2023 03:01 PM
bagusnya isterinya. pergi sendiri je
Quote sudirmanistas 10-5-2023 03:12 PM
Wife dia memang nampak baik je rsenye. Semoga berkekalan.
Quote Suchi 10-5-2023 03:15 PM
Dorang ni rapat ngn shiera ijoy tu kan, nampak seronok je aktiviti dorang ke sana sini.
Memasing pun jenis tak coverina sempoi je
Quote rosedemon 11-5-2023 08:27 AM
ekelehhh over apaknya
Quote doubleharmonic 11-5-2023 08:48 AM
mark adam ada bau2 nak mengesol kerr
Quote lasagna 11-5-2023 08:51 AM
aduhhh igt apa hal, mengundang sungguh headline tajuk ni. suspen!
Quote kelapaparut 11-5-2023 09:54 AM
org pilipins ni baik2 jugak, cume dieorg overproud je. tp kalu knal dieorg, dieorg mesti ajak berparti, bangsa yg jenis suka berkenduri kendara

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.031221 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top