View: 1343|Reply: 8
|
Bapa Bagi Amaran Nak Putuskan Hubungan Kalau Mark Adam Sakiti Isteri
[Copy link]
|
|
Bapa Mark Adam di Filipina mahu putuskan hubungan dengannya jika dia menyakiti isterinya Norazah Redzuan, atau Ezan, 42.
"Masa saya pergi masjid nikah, kita kan berjanji depan imam dengan Tuhan. Jadi, saya kena pegang janji itu.
Foto: IG
"Satu lagi kerana bapa saya. Saya tak tahu apa yang isteri cakap kerana pertama kali dia ke Filipina, dia pergi seorang. Saya tak boleh keluar (Malaysia) kerana nak dapat status bermastautin tetap.
"Jadi, bila keluarga ajak balik, dia pergi seorang. Masa dia di sana, bapa hubungi saya. Dia cakap, kalau saya sakiti isteri saya, dia suruh lupakan dia sebagai bapa saya," katanya kepada Harian Metro.
Penyanyi lagu Marry Me itu juga menjadikan bapanya sebagai contoh terdekat apabila menyentuh mengenai sebuah perkahwinan yang cukup kukuh.
"Bapa saya pun pilih seorang wanita saja dalam hidupnya iaitu ibu saya. Ini pilihan masing-masing, saya pilih seorang. Apa-apapun terjadi, kita sudah janji untuk bersama, dan kena pegang kuat-kuat. Nak bergaduh, bergusti, atau apa pun terjadi, kami sudah berjanji," katanya.
Mark dan Ezan belum beroleh rezeki cahaya mata sepanjang dua dekad mendirikan rumah tangga. Ezan juga adalah pengurus sepenuh masa kerjaya seni suaminya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
ada benda baik wife dia buat tu.. sampai bapa nya ckp mcmtu.. moga sentiasa dikurniakn keharmonian dlm rumah tga dan jodoh hingga ke jannah.. amin yrA |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya isterinya. pergi sendiri je |
|
|
|
|
|
|
|
Wife dia memang nampak baik je rsenye. Semoga berkekalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang ni rapat ngn shiera ijoy tu kan, nampak seronok je aktiviti dorang ke sana sini.
Memasing pun jenis tak coverina sempoi je |
|
|
|
|
|
|
|
mark adam ada bau2 nak mengesol kerr |
|
|
|
|
|
|
|
aduhhh igt apa hal, mengundang sungguh headline tajuk ni. suspen! |
|
|
|
|
|
|
|
org pilipins ni baik2 jugak, cume dieorg overproud je. tp kalu knal dieorg, dieorg mesti ajak berparti, bangsa yg jenis suka berkenduri kendara |
|
|
|
|
|
|
| |
|