Pengantin lelaki di Bihar, India, membuat pendedahan 'berani mati' bercinta dengan adik bakal isterinya pada hari bahagianya ketika majlis perkahwinan mereka. Pada 2 Mei lalu, perarakan perkahwinan Rajesh Kumar, dari Chhapra dengan Rinku Kumari dari Saran berjalan lancar mengikut adat dan tradisi sehingga pengantin lelaki menerima panggilan daripada adik pengantin perempuan iaitu Putul.
Putul mengancam mahu membunuh diri dengan terjun dari bangunan jika perkahwinan lelaki itu dengan kakaknya diteruskan. Selepas kalungan perkahwinan sudah ditukar antara Rajesh dan Rinku, pengantin lelaki tiba-tiba menghentikan perkahwinan itu sebelum mendedahkan dia menjalin hubungan cinta dengan adik pengantin perempuan, malah mereka berdua saling menyayangi. Menurut Rajesh, dia mengenali Putul sebelum perkahwinannya ditetapkan dengan Rinku.
Katanya, Putul yang menduduki peperiksaan perantaraan di sebuah kolej di Chhapra sering bertemunya di bandar itu. "Kami menjadi rapat dan suka antara satu sama lain. "Malah, kami bersembang melalui panggilan telefon selama berjam-jam, sebelum kami akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain," katanya. Pendedahan itu mencetuskan pertelingkahan antara dua keluarga pengantin hingga polis terpaksa dipanggil untuk campur tangan. Pegawai Balai Polis Manjhi berjaya mengawal dan menenangkan keadaan hingga keluarga itu bersetuju berbincang menyelesaikan masalah itu. Selepas mendengar keseluruhan dan mengambil kira semua perspektif, mereka sekeluarga memutuskan untuk mengahwinkan Rajesh dengan Putul dan bukannya Rinku. Sumber: Harian Metro
|
dua_chzy replied at 10-5-2023 12:31 PM
Ini drama Tamil channel mana ini?
Kenapa dari awal Rajesh dan Putul tak terus terang saja?
becir replied at 10-5-2023 04:51 AM
biasala kan..benda boleh complicate, buat apa setel awal2?
dua_chzy replied at 10-5-2023 12:31 PM
Ini drama Tamil channel mana ini?
Kenapa dari awal Rajesh dan Putul tak terus terang saja?
ADVERTISEMENT