Pendedahan di Twitter @xaviernaxa mengejutkan ramai pihak apabila terdapat kumpulan individu yang mencari mereka yang membuat pembelian iPhone secara ansuran untuk tujuan 'sambung bayar'.
Situasi ini berlaku kerana terdapat pemilik telefon berjenama ini yang didapati gagal membuat bayaran ansuran bulanan. "Sindrom 'iPhone sambung bayar' melibatkan pemilik iPhone yang membuat pinjaman, namun tertekan dengan bayaran ansuran yang dikenakan. "Disebabkan itu, pemilik cuba untuk mendapatkan pertolongan pihak ketiga yakni orang yang tidak dikenali untuk sambung bayar iPhone tersebut," ciapnya. Beranggapan tindakan mencari pemilik baharu itu dapat menghilangkan beban hutang yang ditanggung, pemilik asal biasanya bersetuju untuk melepaskannya tanpa sebarang syarat atau dengan hanya mengenakan sedikit bayaran.
Tanpa disangka, perbuatan terdesak sedemikian menyebabkan wujudnya golongan scammer yang mengambil kesempatan. "Maka peluang ini diambil sebaik-baiknya oleh segelintir pihak memandangkan pemilik iPhone tersebut dalam keadaan terdesak. "Harapan pemilik iPhone, dia tidak lagi terbeban dengan bayaran ansuran yang tinggi dalam erti mudah, lari daripada membayar hutang dengan menyerahkan iPhone kepada pihak ketiga. "Walhal peluang ini digunakan oleh segelintir pihak untuk mengambil kesempatan ke atas pihak yang terdesak," jelasnya lagi. Lebih malang lagi apabila pihak ketiga yang kononnya mahu sambung bayar itu, terus menyepikan diri dengan bayaran bulanan pula tidak dibuat seperti perjanjian dengan pemilik asal. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, pemilik bukan sahaja kehilangan telefon pintarnya yang mahal malah terpaksa meneruskan bayaran bulanan yang telah dibuat. "Menyerahkan iPhone ke pihak lain tidak merubah nama dalam perjanjian iPhone dengan agensi pemberi pinjaman," tambahnya. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan ada yang menyatakan sasaran pembeli scammer model jenama itu adalah mereka dari kelas pertengahan dan bawah atau B40. Apa yang mengejutkan apabila ramai yang mengakui membeli telefon pintar dengan cara bayaran ansuran. "Entah, dulu beli bayar bulan pun sebab terdesak, iP5s tiba-tiba hari itu rosak jatuh kena lenyek motosikal, dengan nak final exam ambil juga iP7plus. Tapi dah habis lama. "Ansuran ni bagus bagi yang pandai urus wang, tapi janganlah hidup semua nak hutang. Mula-mula beli pun hutang lepas tu upgrade bayar cash terus sebab dah tak banyak kena top-up," ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya membeli telefon terpakai jika ingin memiliki model berjenama. "Aku punya mindset kalau dah tahu tak mampu beli IPhone 13 Pro Max dan seangkatan, aku akan beli yang secondhand XS Max atau IPhone 11 Pro Max atau paling murah iPhone x pada tahun terkini. "Yang tak mampu, kenapa tak beli sahaja yang secondhand... i mean, tak perlu nak up to date sangat. Beli yang secondhand bayar sekali, durability memang power iPhone ni, cuma kalau orang tengah guna 14, kau still guna 11," ujar beberapa netizen lain pula. -CARI Sumber: mStar
|
Themilo replied at 10-5-2023 12:13 PM
weols pun pakai konsep orang lain dah Ip14, weols sangkut kat Ip11 lagi. kekadang jeles tengok camer ...
ADVERTISEMENT