View: 3274|Reply: 71
|
Owner Iphone Tak Bijak- Beli Bayar Ansuran, Jual Kepada Owner Baharu Kena Tipu Pula Sebab Tak Faham Konsep 'Sambung Bayar'
[Copy link]
|
|
Pendedahan di Twitter @xaviernaxa mengejutkan ramai pihak apabila terdapat kumpulan individu yang mencari mereka yang membuat pembelian iPhone secara ansuran untuk tujuan 'sambung bayar'.
Situasi ini berlaku kerana terdapat pemilik telefon berjenama ini yang didapati gagal membuat bayaran ansuran bulanan.
Gambar Hiasan: Digital Trend
"Sindrom 'iPhone sambung bayar' melibatkan pemilik iPhone yang membuat pinjaman, namun tertekan dengan bayaran ansuran yang dikenakan.
"Disebabkan itu, pemilik cuba untuk mendapatkan pertolongan pihak ketiga yakni orang yang tidak dikenali untuk sambung bayar iPhone tersebut," ciapnya.
Beranggapan tindakan mencari pemilik baharu itu dapat menghilangkan beban hutang yang ditanggung, pemilik asal biasanya bersetuju untuk melepaskannya tanpa sebarang syarat atau dengan hanya mengenakan sedikit bayaran.
Tanpa disangka, perbuatan terdesak sedemikian menyebabkan wujudnya golongan scammer yang mengambil kesempatan.
"Maka peluang ini diambil sebaik-baiknya oleh segelintir pihak memandangkan pemilik iPhone tersebut dalam keadaan terdesak.
"Harapan pemilik iPhone, dia tidak lagi terbeban dengan bayaran ansuran yang tinggi dalam erti mudah, lari daripada membayar hutang dengan menyerahkan iPhone kepada pihak ketiga.
"Walhal peluang ini digunakan oleh segelintir pihak untuk mengambil kesempatan ke atas pihak yang terdesak," jelasnya lagi.
Lebih malang lagi apabila pihak ketiga yang kononnya mahu sambung bayar itu, terus menyepikan diri dengan bayaran bulanan pula tidak dibuat seperti perjanjian dengan pemilik asal.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, pemilik bukan sahaja kehilangan telefon pintarnya yang mahal malah terpaksa meneruskan bayaran bulanan yang telah dibuat.
"Menyerahkan iPhone ke pihak lain tidak merubah nama dalam perjanjian iPhone dengan agensi pemberi pinjaman," tambahnya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan ada yang menyatakan sasaran pembeli scammer model jenama itu adalah mereka dari kelas pertengahan dan bawah atau B40.
Apa yang mengejutkan apabila ramai yang mengakui membeli telefon pintar dengan cara bayaran ansuran.
"Entah, dulu beli bayar bulan pun sebab terdesak, iP5s tiba-tiba hari itu rosak jatuh kena lenyek motosikal, dengan nak final exam ambil juga iP7plus. Tapi dah habis lama.
"Ansuran ni bagus bagi yang pandai urus wang, tapi janganlah hidup semua nak hutang. Mula-mula beli pun hutang lepas tu upgrade bayar cash terus sebab dah tak banyak kena top-up," ujar beberapa warga maya.
Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya membeli telefon terpakai jika ingin memiliki model berjenama.
"Aku punya mindset kalau dah tahu tak mampu beli IPhone 13 Pro Max dan seangkatan, aku akan beli yang secondhand XS Max atau IPhone 11 Pro Max atau paling murah iPhone x pada tahun terkini.
"Yang tak mampu, kenapa tak beli sahaja yang secondhand... i mean, tak perlu nak up to date sangat. Beli yang secondhand bayar sekali, durability memang power iPhone ni, cuma kalau orang tengah guna 14, kau still guna 11," ujar beberapa netizen lain pula. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
weols pun pakai konsep orang lain dah Ip14, weols sangkut kat Ip11 lagi. kekadang jeles tengok camera Ip14pro, tapi dalam masa yang sama, weols miskin & tak sanggup berhutang |
|
|
|
|
|
|
|
'Aku punya mindset kalau dah tahu tak mampu beli IPhone 13 Pro Max dan seangkatan, aku akan beli yang secondhand XS Max atau IPhone 11 Pro Max atau paling murah iPhone x pada tahun terkini.'
Tapi ko tetap mgelumpor nk pakai ipong walau xmampu khuenss??
Kalo sengkek,wat cara sengkek.
Aku pakai zi yau mee sajorkkk sambil flip tudong bawal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Macik masih setia dengan promax 12
Jenis macik ni kalau beli baru pun
Ifon lama bagi kat anak2
Korang pakai ajelah fon bekas mak korang
Ni cite pasal ifon kang org cakap ‘nak eksen mampu beli ler tewww’
Sorry nakkk
Sekarang semua org dah mampu pakai ifon
Ifon 6 pun masih bernilai juga |
|
|
|
|
|
|
|
Ukur baju di badan sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
bodohnyalah. hp jer pun. jangan susahkan diri. banyak lagi hp lain yang murah.
ingat, beli hp tapi nak status lepas tu susah kan diri adalah kebodohan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ifon ni phone premium + diorang jual lifestyle sekali. Sebab tu orang berlumba2 nak beli especially bbnu yang baru kenal erti hidup. Kalau boleh nak ada complete set ifon, ipad, iwatch segala mak nenek tu, siap imusic ke apa tu. Haaa barulah lengkap hidup kau dik katanya
bila iols fikir balik, beli jam ribu2 macam rugi je, ye faham banyak function dia tapi adakah bebetul perlu atau sekadar FOMO? agituuu...lainlah kalau kau memang duit banyak ala2 gaji tahun lepas tak usik lagi |
|
|
|
|
|
|
|
konsep, biar papa asal bergaya, janji dpt tayang kat ore tuk sebulan atau seminggu, lagi2 kat kampung masa beraya sibuk nak amik gambar walaupon tujuan sebenar nak tayang ipon, hakikatnya ada ore kampung heran |
|
|
|
|
|
|
|
Tah laahhh... Henpon aku rega 1300 je .. kamera cabuk je tapi aku bukan influenzah so tiada kepentingan. Janji bateri tahan seharian. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun stuck iphone 11 lagi
kekadang teringin jugak nak pakai promax, sebab screen besar sikit
tapi, malaslar nak instalment CC dah
kalau rasa nak pakai phone baru, iolls just tukar phone case dengan screen prorector je, terus rasa cam baru phone |
|
|
|
|
|
|
|
Masih setia dgn Samsung Note 9, kalau tukar pun masih dgn Samsung...
Someone told me:
Android is a smart phone for smart people
Iphone is a smart phone for not so smart people...
Lari.... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam membuktikan kepada khalayak bahawa mereka telah memiliki salah satu aksesori 'starter pack Melayu berjaya' menjerumuskan mereka ke lembah terbangsat |
|
|
|
|
|
|
|
tak faham rebut2 nak beli iphone sekadar nak flex ikut trend...
kalau memang kerja perlukan semua top notch hardware dia tak pe la juga..
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju nyah. aku ni selagi iphone 11 pro max ni mampu hidup boleh jawab call, whatsapp, amek gambo..aku pakai je, janji tak berhutang. kalau boleh nak lari dari hutang. especially hutang rumah huaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
alang2 suruh org sambung byr, baik jual buah pinggang leh beli cash terus. |
|
|
|
|
|
|
|
Phone jah punnnn.... abes2 nak buat pakai banking, fb, forum, twitter, baca email, online meeting, call, video call, waze...
Camera2 aku tak pakai sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
Kitorg semua samsung.. Aku pakai s22, laki pun s22.. anak aku pakai s10 & ipad.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahha nampak sgt x pandai soal kewangan,
mana de istilah sambung bayar,itu cuma fantasi sendiri je padahal penama tetap yg tanggung hutang tu,
lagi2 kalau dgn org yg x kenal,
tp aku pun dulu pernah je terlibat sambung bayar,sbb amanah aku bayar sampai habis... |
|
|
|
|
|
|
|
Meolss tetap setia dan utuh ngan Android samsuang yaachh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|