Datuk Seri Eizlan Yusof mengakui sudah enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon terutama drama. Eizlan menyedari keadaan tersebut selepas beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), mewakili parti Gabungan Tanah Air (GTA) di bawah Pejuang, November lalu.
Eizlan bagaimanapun tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Kalam Salam yang meraih 17,973 undi. "Sejak November lalu, tawaran berlakon drama memang 'sunyi' berbanding sebelum ini.
"Tawaran berlakon filem ada, tetapi, untuk stesen televisyen (TV), tiada langsung. "Tidak tahulah sama ada industri sekarang memang 'sendu' atau ada cerita lain di sebaliknya. Saya tidak tahu," katanya kepada Berita Harian. Ditanya adakah beliau diboikot berikutan pembabitan dirinya dengan parti politik pembangkang, pelakon filem PASKAL dan Town Mall ini tidak berani mengesahkan perkara itu.
"Saya pun tidak dimaklumkan alasan mengapa. Saya tak berani hendak sahkan perkara itu (boikot). "Cuma ini adalah tempoh paling lama saya berehat daripada penggambaran. Ketika zaman gawat dahulu, saya masih terima tawaran berlakon. "Perkara ini masih lagi menjadi misteri buat saya. Tepuk dada tanyalah selera," katanya berkias.
Sehubungan itu, Eizlan banyak menghabiskan masa bersama keluarga selain menguruskan perniagaan.
Vibes International Agency adalah sebuah agensi yabg ditubuhkan Eizlan untuk mencari bakat bagi platform media sosial TikTok. -CARI Sumber: Berita Harian
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|