CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 20 Maut Akibat Pemandu Bas Terlelap

9-5-2023 10:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 337| Komen: 2|Original author: Tatod

New Delhi: Sekurang-kurangnya 21 maut dan berpuluh lagi cedera apabila bas dinaiki terjunam dari jambatan di negeri tengah India, Madhya Pradesh, hari ini.

Pemandu bas itu dipercayai terlelap ketika memandu, dalam kemalangan yang berlaku di daerah Khargone, kira-kira 120 kilometer (km) selatan bandar terbesar di Madhya Pradesh, Indore.


Keadaan bas yang terjunam dari jambatan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 21 maut.

Setakat ini, 21 mangsa termasuk tiga kanak-kanak dan 10 wanita disahkan terkorban, lapor akhbar Times of India.

Akhbar berkenaan juga melaporkan, bas terbabit sedang dalam perjalanan menuju ke Indore sebelum merempuh pengadang jambatan lalu terhempas di dasar sungai yang kering.

Menurut laporan itu lagi, pemandu bas berkenaan dikatakan terlelap ketika memandu sejurus sebelum kemalangan berlaku, dan didakwa telah melarikan diri dari tempat kejadian.


Berdasarkan laporan Bank Dunia dikeluarkan pada 2021, India mencatat 11 peratus daripada jumlah kematian di atas jalan raya global walaupun hanya memiliki satu peratus daripada keseluruhan kenderaan di dunia.

Laporan itu turut menganggarkan terdapat 150,000 kematian akibat nahas membabitkan kereta di India dalam setahun atau seorang terkorban setiap empat minit.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 9-5-2023 10:42 PM
Astaghfirullah al-azim... microsleep ni mmg jangan dipandang remeh....

Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Quote batmana 9-5-2023 10:44 PM
takziah....

panjang nyawa pula si pemandu tu, siap bole lari

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.742728 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top