Washington – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sedang memantau sebuah asteroid besar yang diramal melintasi Bumi dalam jarak hampir dengan planet ini pada akhir bulan ini, lapor laman berita The Sun semalam.
Batuan angkasa besar itu dikenali sebagai 2023 CL3 dan dianggarkan mempunyai saiz lebar sehingga 199.94 meter. Asteroid sebesar itu boleh menyebabkan beberapa kerosakan serius jika ia berlanggar dengan Bumi. Asteroid dianggap boleh mencetuskan bahaya kepada planet ini jika ia berada dalam jarak 7.48 juta kilometer (km) dan lebih besar berbanding saiz tertentu. Asteroid 2023 CL3 dijangka melewati Bumi pada 24 Mei pada jarak kurang dari 7.2 juta km. Ia mungkin kedengaran agak jauh tetapi dalam pengiraan keluasan angkasa lepas, ia bukanlah jarak yang jauh sama sekali.
Dianggarkan bahawa asteroid besar itu akan melepasi planet ini dengan selamat jika ia bergerak pada kelajuan lebih daripada 25,749 km sejam. Sumber: Kosmo! Online
|
ADVERTISEMENT